inflammation | inflamasi | Kejururawatan | Tiada | Tindak balas badan terhadap kecederaan yang mungkin disebabkan oleh jangkitan, bahan-bahan kimia, atau agen fizikal. Ia mengakibatkan kesakitan, panas apabila disentuh, kemerahan, kebengkakan dan kehilangan fungsi bahagian badan yang terlibat. |
chondrodermatitis | kondrodermatitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi rawan dan kulit. |
peritonitis | peritonitis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada peritoneum yang mungkin disebabkan oleh bakteria yang merebak melalui peredaran darah atau akibat penembusan suatu organ abdomen. |
pleuritis | pleuritis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada lapisan parietal pleura. Ciri klinikal utamanya termasuk sakit dada yang perit dan meningkat semasa batuk dan bergerak, pernafasan cetek dan cepat serta bunyi kemasukan udara ke dalam paru-paru yang semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh pneumonia atau infeksi virus. |
pneumonia | pneumonia | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi paru-paru berkaitan dengan kehadiran eksudat di ruang aveolar paru-paru. |
polyarthritis | poliartritis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi beberapa sendi secara bersama-sama ataupun berturutan, yang menyebabkan kesakitan, kekakuan, bengkak, dan kehilangan fungsi. Keadaan ini sering dialami oleh pesakit. |
tendinitis | tendinitis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada tendon. Biasanya disebabkan oleh penggunaan keterlaluan bahagian yang terlibat. |
glomerulonephritis | glomerulonefritis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada lingkaran kapilari dalam glomerulus, sering kali menyusuli infeksi trek pernafasan atas oleh streptokokus. |
endocarditis | endokarditis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada endokardium dan injap-injap jantung. Keadaan ini sering kali disebabkan demam reumatik dan jangkitan bakteria. |
conjunctivitis | konjunktivitis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi konjunktiva mata yang dicirikan oleh kemerahan pada mata, kegatalan, berair, dan fotofobia. |