Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.fra.mé.rah] | اينفراميره

Definisi : (inframérah) sinaran elektromagnet yg panjang gelombangnya terletak antara 730 nm – 1 mm (iaitu antara panjang gelombang sinaran nampak dgn gelombang radio). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.fra.mé.rah] | اينفراميره

Definisi : /inframérah/ ist sinaran elektromagnet yg dipancarkan oleh jasad yg panas melalui pergerakan getaran atau putaran molekul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inframerah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Fourier transfourmation infrared spectroscopyspektroskopi inframerah transformasi FourierKimiaKimia AnalisisTeknik spektroskopi inframerah yang bergantung kepada pengukuran yang menggunakan suatu interferometer yang kesemua unsur dikaji secara serentak dengan menyinarkan sampel dengan suatu denyut tenaga dalam julat inframerah. Tenaga yang terhasil adalah dalam bentuk frekuensi komposit yang dapat ditukarkan kepada frekuensi-frekuensi asal menggunakan kaedah transformasi Fourier, dengan menggunakan komputer yang akan memberikan spektrum dalam bentuk biasa. Kaedah ini lebih pantas dan memberi resolusi yang baik dengan nisbah isyarat ke-bisingan yang lebih tinggi. bd. spektroskopi inframerah.
infrared spectrophotometryspektrofotometri inframerahHerbaTiadaKaedah pengukuran spektrofotometri yang dilakukan dalam kawasan inframerah pada julat nombor gelombang 200 cm-1 -4000 cm-1. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengenal pasti kumpulan berfungsi komponen kimia yang terdapat dalam bahan herba bagi mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Spektrum inframerah suatu bahan herba digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik.
infrared filmfilem inframerahFizikNanoteknologiKeadaan filem fotografi yang peka kepada gelombang elektromagnet pada daerah inframerah dekat. Filem ini digunakan untuk merakamkan objek dalam keadaan berjerebu, membezakan tumbuhan hidup atau mati, dan menentukan keaslian warna pigmen hijau.
infrared analyserpenganalisis inframerahKejuruteraan AutomotifEnjinAlat yang mengukur aras gas hidrokarbon, karbon monoksida, karbon dioksida dan oksigen dengan menggunakan teknik sinar inframerah.
Fourier transform infrared spectroscopy (FTIR)spektroskopi transformasian Fourier inframerah (FTIR)FizikNanoteknologiTeknik spektroskopi yang mendedahkan sampel kepada sinaran inframerah sehingga menghasilkan suatu interferogram serapan sinaran oleh komponen tertentu dalam bahan tersebut. Interferogram yang merupakan suatu fungsi keamatan sinaran lawan masa biasanya akan didigitkan dan seterusnya diubah kepada spektrum serapan, keamatan lawan frekuensi menggunakan tranformasian Fourier. FTIR mempunyai kebaikan daripada segi kelajuan, resolusi dan kepekaan.
Fourier transform infrared spectroscopy (FTIR)spektroskopi transformasian Fourier inframerah (FTIR)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah spektroskopi yang mendedahkan sampel kepada sinaran inframerah sehingga menghasilkan suatu interferogram serapan sinaran oleh komponen (kumpulan berfungsi) tertentu dalam sampel. Interferogram merupakan fungsi keamatan sinaran lawan masa akan didigitkan dan seterusnya diterjemahkan kepada spektrum serapan, keamatan lawan frekuensi menggunakan tranformasian Fourier. FTIR mempunyai kelebihan daripada segi kelajuan, resolusi dan kepekaan.
ultraviolet visible near infrared spectroscopyspektroskopi inframerah dekat ultraungu tampakNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah untuk menentukan sebatian kimia apabila sampel menyerap sinaran dalam jarak ultraungu ke inframerah-dekat (190 � 2000 nm).
pyroelectric detectorpengesan piroelektrikKimiaKimia AnalisisSejenis pengesan sinaran terma dalam sperktrometer inframerah yang mengandungi sekeping bahan feroelektrik yang biasanya merupakan hablur triglisina sulfat. Pada suhu yang kurang daripada suhu Curie hablur, perubahan pada ruang kekisi akan menghasilkan suatu perubahan spontan ke atas pengutuban elektrik. Hablur ini diletakkan di antara dua elektrod selari, satu daripadanya lutsinar inframerah, dan yang satu lagi normal terhadap paksi pengutuban. Jika elektrod disambungkan kepada litar luaran, arus akan diatur untuk mengimbangkan cas pengutuban pada permukaan hablur. Arus ini akan menghasilkan isyarat voltan dalam resistor beban yang disambungkan terus pada transistor kesan medan.
infrared analyzerpenganalisis inframerahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Keretalihat: exhaust-gas analyzer.
near infrared regiondaerah inframerah dekatKimiaKimia AnalisisJulat panjang gelombang sinaran elektromagnet di antara 800-2500 nm yang bersamaan dengan julat frekuensi di antara 3.8 x 1014 – 1 x 1014 Hz.
123

Kembali ke atas