target control infusion (TCI) | infusi kawal sasar (TCI) | Perubatan | Tiada | Teknik infusi intravena agen anestetik yang menggunakan propofol. Maklumat berat badan, umur pesakit dan kepekatan propofol dalam darah yang disasarkan akan dimasukkan ke dalam komputer bagi membolehkan kadar infusi dikira secara automatik. |
intravenous infusion | infusi intravena | Perubatan | Tiada | Kaedah pemberian ubat melalui intravena secara perlahan-lahan dengan kadar yang tertentu. Kaedah ini digunakan untuk ubat yang mempunyai separuh hayat pendek yang kesan farmakologinya dapat dititratkan dengan mengubah kadar infusi. Dalam kaedah ini, kadar infusi yang tepat dan tetap amat penting. Oleh itu, penggunaan alat infusi elektronik sangat membantu. |
drip infusion | infusi titisan | Perubatan | Tiada | Infusi sesuatu cecair secara titis demi titis. |
continuous infusion technique | teknik infusi berterusan | Perubatan | Tiada | Pemberian ubat atau agen anestetik setempat kepada pesakit secara infusi berterusan melalui intravena, epidura atau intraspina dengan menggunakan pam picagari. Pemberian ubat adalah mengikut dos yang telah ditetapkan. |
intravenous solution | cecair intravena | Farmasi | Farmakologi | Cecair kristaloid atau cecair koloid yang digunakan untuk infusi intravena. Kristaloid merupakan larutan garam galian atau glukosa pada sukatan tertentu yang disediakan dalam bentuk komersial. Koloid merupakan cecair yang mengandungi endapan sepertiplasma darah, sel darahmerah, kriopresipitat dan sediaan komersial tertentu. Larutan ini digunakan bagi pesakit yang memerlukan rawatan infusi intravena yang disebabkan pelbagai masalah. |
intravenous solution | larutan intravena | Perubatan | Tiada | Cecair kristaloid atau koloid yang digunakan untuk infusi intravena. Kristaloid merupakan larutan garam galian dan/atau glukosa pada sukatan tertentu yang disediakan dalam bentuk komersial. Koloid merupakan cecair yang mengandungi endapan seperti plasma darah, sel darah merah kejap, kriopresipitat dan sediaan komersial tertentu. Larutan ini digunakan terhadap pesakit yang memerlukan rawatan infusi intravena yang disebabkan oleh pelbagai masalah. Sinonim cecair intravena. |
infuse | infusi | Perubatan | Tiada | Tiada |
infusion | infusi; seduhan | Perubatan | Tiada | 1. Kaedah pemberian terus ubat atau cecair tubuh selain darah ke dalam vena untuk rawatan.,2. Pengekstrakan bahan larut daripada herba yang direndamkan di dalam air.,3. Larutan yang mengandungi ekstrak herba. |
infuse | infusi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
infusion | infusi; seduhan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |