extrinsic motivation | motivasi ekstrinsik | Psikologi | Psikologi Umum | Motivasi yang mendorong individu melakukan aktiviti sama ada matlamatnya jelas atau tidak, tetapi bukan muncul daripada desakan dalaman. Ramai individu terdorong untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran luaran seperti wang atau pangkat. Hal ini bermakna tingkah laku yang didorong oleh motivasi ini biasanya bergantung pada kehadiran motif luaran tersebut. Sekiranya motif luaran ini tidak diberikan, maka tingkah laku tersebut akan berhenti atau tidak diperlihatkan. |
romantic novel | novel romantik | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang menekankan aksi dan bukannya perwatakan. Novel ini mengisahkan tentang cerita pengembaraan, peristiwa pelik, dan peristiwa penuh misteri. Novel ini digubah berasaskan imaginasi pengarangnya, dan digemari oleh mereka yang inginkan pelarian daripada dunia nyata. Contoh sastera Barat yang digolongkan dalam kategori ini ialah Tom Jones oleh Henry Fielding dan the House of Seven Gables oleh Nathaniel Hawthorne. |