Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ing.kar] | ايڠکر

Definisi : Ar 1. = ~ akan tidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal, mungkir: jika mereka ~ akan apa yg tersebut itu maka terserahlah kpd Allah; 2. enggan, tidak menurut, tidak mahu: ada orang yg ~ menderma; 3. penafian, penyangkalan, perihal memungkiri; mengingkari memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati, menuruti, dll), menderhakai: banyak askar yg lari, yg menjadi lanun dan dgn berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri; keingkaran 1. perihal ingkar (menafikan dll); 2. keengganan; pengingkaran perihal mengingkari (menafikan, menyangkal, mungkir), penafian, penyangkalan, pemungkiran; pengingkar orang atau pihak yg ingkar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ing.kar] | ايڠکر

Definisi : 1 tidak membenarkan; menafikan: Orang yg memuja berhala ialah orang yg ~ terhadap keesaan Allah. 2 tidak mahu; tidak menurut: Ada orang yg ~ beramal. mengingkari tidak mahu menerima perintah (suruhan dll); tidak mahu membenarkan; menyangkal; menafikan: Sesiapa yg ~ undang-undang berkurung ini akan ditembak. keingkaran hal ingkar; keengganan. pengingkaran perbuatan atau hal mengingkari. pengingkar orang atau pihak yg ingkar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingkar
Kata Terbitan : mengingkari, keingkaran, pengingkaran, pengingkar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
defaultingkarPentadbiran PerniagaanTiada2. Ingkar: Ketidakupayaan penerbit sekuriti hutang membayar faedah dan pokok atas hutangnya.
defaultingkarKejuruteraanTiadaTiada
defaultingkar; ketentuanPentadbiran PerniagaanTiada1. Ketentuan: Ciri atau perisian pemprosesan kata yang telah ditentukan seperti ukuran garis, jarak garis dan tab.
defaultingkarMatematikTiadaTiada
defaultingkarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
defaultingkarEkonomiTiadaTiada
defaultingkarUndang-undangTiadaTiada
default premiumpremium ingkarPentadbiran PerniagaanTiadaTambahan kepada kadar pulangan diperlukan kerana adanya risiko mungkir, iaitu kemungkinan penghutang tidak mampu membayar faedah dan/atau pokok.
default accountakaun ingkarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
default interestfaedah ingkarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
123

Kembali ke atas