particulate organic matter (POM) | bahan organik zarahan (POM) | Sains Marin | Tiada | Bahan organik yang terdiri daripada bahan organik pecahan kasar atau bahan makroorganik yang berukuran diameter di antara 0.1 - 1.0 mikrometer. Bahan ini terdiri daripada detritus, bakteria, fitoplankton, zooplankton dan sebagainya. |
infrared spectrophotometry | spektrofotometri inframerah | Herba | Tiada | Kaedah pengukuran spektrofotometri yang dilakukan dalam kawasan inframerah pada julat nombor gelombang 200 cm-1 -4000 cm-1. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengenal pasti kumpulan berfungsi komponen kimia yang terdapat dalam bahan herba bagi mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Spektrum inframerah suatu bahan herba digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik. |
firing order | jujukan nyalaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Turutan pembakaran dalam silinder yang digunakan oleh enjin multisilinder empat lejang untuk menjana lejang kuasa yang bermula dengan silinder 1. Turutan ini ditentukan bagi men- capai keseimbangan dinamik keseluruhan enjin. Turutan yang biasa digunakan oleh enjin empat silinder segaris ialah 1-3-4-2 atau 1-2-4-3, manakala turutan untuk enjin enam silinder sebaris biasanya ialah 1-5-3-6-2-4. |
nanosphere | nanosfera | Fizik | Nanoteknologi | Zarah berbentuk sfera bersaiz 1 nm - 1000 nm. Zarah ini terdiri daripada logam, bahan organik, seramik atau bahan semikonduktor. Jika zarah ini bersaiz 1 nm - 100 nm dan diperbuat daripada bahan semikonduktor, zarah ini dipanggil bintik kuantum. Zarah ini disediakan melalui pelbagai cara, iaitu kaedah kimia, ablasi laser, MBE, dan MOCVD. |
neutron | neutron | Fizik | Nanoteknologi | Zarah keunsuran neutral yang menjadi juzuk kepada nukleus atom. Jisim zarah ini ialah 1.008664904 (+-) 0.000000014 unit jisim atom. Neutron bebas dihasilkan dalam tindak balas pembelahan nuklear atau dalam proses pereputan beberapa bahan radioaktif, terutamanya pereputan zarah beta. Neutron bebas adalah tidak stabil, mempunyai separuh hayat 614.6 (+-) 1.3 saat (s) dan mereput dengan memancarkan zarah ?-. |
enhancer region | kawasan penggalak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Satu segmen DNA pendek (50 – 1500 bp) yang dapat diikat oleh protein pengaktif atau biasanya disebut sebagai faktor transkripsi, untuk meningkatkan kadar transkripsi gen tertentu. Segmen DNA pendek ini terletak sehingga 1 Mbp (1,000,000 bp) dari tapak permulaan sesuatu gen. |
Mayaca sp. | Mayaca sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan herba dalam kategori tumbuhan timbul. Mayaca sp. mempunyai batang yang rapuh dengan ketebalan 0.1 cm. Tumbuh-tumbuhan ini berdaun nipis dan bersusun secara berselang seli. Daun yang berada di dalam air berwarna hijau kekuningan dengan kepanjangan 0.8 – 1.2 cm dan selebar 0.1 cm. Antara jenis Mayaca sp. ialah Mayaca fluviatilis dan Mayaca sellowiana. |
cubic centimenter (cc) | sentimeter padu (cm�) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit isi padu dalam sistem metrik. 1 sentimeter padu (1 cm�) sama dengan 0.061 in�. Unit ini digunakan untuk mengukur keupayaan enjin. |
operating system virus | virus sistem pengendalian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kategori virus yang menyasarkan fail sistem pengendalian. Virus ini menjangkiti: 1. fail yang dilancarkan semasa permulaan sistem, iaitu fail yang sering disasarkan oleh virus sektor, 2. fail yang digunakan untuk menguruskan sumber sistem komputer, iaitu yang sering disasarkan oleh virus sistematik, atau 3. fail pustaka seperti fail �*.DLL�. |
confined electron | elektron terkurung | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan elektron yang terkurung di dalam perigi keupayaan berdimensi 0, 1, 2 atau 3 dengan saiz dari 1 nm - 100 nm. Jika saiz dimensi ini sama atau lebih kecil daripada jejari eksiton, sekitar 10 nm, elektron ini akan mengisi aras tenaga yang diskret. Contohnya, elektron yang terkurung di dalam bintik kuantum, nanotiub, nanowayar, dan nanorod. |