innovative planning | perancangan inovatif | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bentuk perancangan yang menitikberatkan pembaharuan. |
employee-centered work redesign | reka semula kerja tumpuan pekerja | Pentadbiran | Tiada | Konsep inovatif yang direka untuk menghubungkan misi syarikat dengan keperluan kepuasan bekerja. |
avant-garde | avant-garde | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang terkedepan dan di luar kebiasaan yang dihasilkan secara inovatif dari segi teknik, bentuk dan tema. |
growth hacking | pemacuan pertumbuhan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Strategi pemasaran yang digunakan oleh syarikat permulaan yang berfokus pada pertumbuhan yang cepat dan berkesan untuk mencapai hasil yang maksimum dengan sumber yang terhad dengan menggunakan teknik yang inovatif dan kreatif. |
nouveau roman | nouveau roman | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan di Perancis pada dekad 40-an hingga 60-an yang mempertikaikan bentuk novel konvensional. Gerakan ini rata-ratanya bersifat realistik dan menekankan plot, perwatakan, naratif dan sebaliknya. Gerakan ini membawa kelainan dan perubahan yang bersifat inovatif dalam struktur novel yang diterima pakai pada masa kini, di samping mendobrak tanggapan dan andaian khalayak terhadap bentuk sebuah novel. Antara inovasi yang diperkenalkan termasuklah menekankan kelencongan bahasa untuk tujuan mengetengahkan kepentingan bahasa dalam novel, serta memperakukan dengan jelas sifat kecerekaan sesebuah naratif. Hal ini berbeza dengan konsep novel dewasa yang menerima bentuk novel sebagai rakaman kenyataan atau gambaran kenyataan yang tepat. Salah seorang penulis yang mencetuskan gerakan ini ialah Alain Robbe-Grillet dalam tulisannya For A New Novel yang menjelaskan bahawa tujuan novel baharu ini adalah untuk �meninggalkan bentuk lama novel�. Penulis lain yang turut menyumbang kepada gerakan ini ialah Michel Butor, Claude Maurice, marguerite Dumas, Nathalie Sarraute dan sebagainya. Contoh dalam sastera Melayu ialah novel Burok oleh Rahman Shaari. Istilah nouveau roman berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud �novel baharu�. Lihat juga antinovel, avant-garde, metafiksyen. |