Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.put] | اينڤوت

Definisi : 1. sumber yg diperlukan utk pengeluaran: ~ pengeluaran elektronik kebanyakannya diimport oleh Malaysia utk diproses; 2. (Komp) perisian atau data yg dibawa ke dlm sistem utk diproses; 3. sumber yg berupa maklumat, pengetahuan dsb yg berguna: sidang itu bertujuan memberikan ~ kpd penggiat teater; penceramah agama dr luar negara turut dijemput bagi membolehkan masyarakat Islam mendapat ~ yg lebih meluas; 4. (Fiz) daya penggerak atau isyarat yg dikenakan terhadap suatu litar, peranti atau mesin; menginput (Komp) memasukkan data, maklumat dsb ke dlm komputer: ~ data ke dlm komputer; pengguna juga bertanggungjawab ~ data urusan melalui pangkalan data yg disediakan; penginputan (Komp) perihal menginput data dsb ke dlm komputer: ~ data ke dlm komputer sedang giat dijalankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.put] | اينڤوت

Definisi : 1 sumber yg diperlukan utk pengeluaran: Asas kemajuan ini terletak pd pengurusan tanah dan ~ lain. 2 sesuatu spt data yg dimasukkan ke dlm mesin atau sistem. 3 sumber yg berupa maklumat, pengetahuan dsb yg berguna: Buku ini memberikan ~ yg penting, terutamanya dr segi ilmu kebahasaan. 4 ist daya penggerak atau isyarat yg dikenakan terhadap sesuatu litar, mesin dll. menginput memasukkan data, maklumat dsb ke dlm komputer: Pengguna juga bertanggungjawab ~ segala maklumat urusan. penginputan proses atau perbuatan menginput data, maklumat dsb ke dlm komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata input


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
input-input relationshipperhubungan input-inputEkonomiTiadaTiada
InputinputTeknologi MaklumatTiadaData yang dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses. Data boleh dimasukkan secara langsung atau tak langsung. Input langsung adalah seperti melalui papan kekunci, tetikus, skrin sentuh dan pengimbas. Input tak langsung adalah seperti data yang dikumpul dahulu dalam satu fail elektronik dan kemudiannya diproses. Banding output.
inhibiting inputinput merencatKejuruteraanTiadaInput get yang menghalang sebarang output pada keadaan tertentu dan boleh berlaku sebaliknya.
rated inputinput terkadarSosiologiTiadaKuasa elektrik input yang ditentukan untuk sesuatu kendalian.
controllable inputinput boleh kawalPentadbiranTiadaAlternatif atau input keputusan yang boleh dikawal oleh pembuat keputusan.
direct inputinput langsungSosiologiTiadaBahan utama yang menjadi input bagi menghasilkan satu keluaran industri.
voice inputinput suaraTeknologi MaklumatTiadaProses menggunakan suara sebagai data input.
real time inputinput masa sebenarTeknologi MaklumatTiadaInput data kepada sistem semasa sistem sedang berjalan.
power inputinput kuasaBioteknologiTiadaJumlah tenaga yang diberi kepada sistem, misalnya tenaga elektrik yang digunakan untuk menggerakkan pengaduk. Tenaga input tersebut akan meningkat dengan peningkatan kelikatan kaldu fermentasi yang akan menaikkan jumlah tenaga yang terbebas sebagai haba dalam kultur.
graphic input deviceperanti input grafikTeknologi MaklumatTiadaPeranti input yang digunakan untuk melakar grafik atau menyurih imej ke dalam komputer secara langsung. Jenis fail yang dihasilkan adalah dalam format grafik vektor. Peranti input ini tinggi kejituannya membolehkan pengguna seperti artis grafik, penganimasi dan arkitek menghasilkan lukisan dan artifak grafik dengan mudah. Contohnya adalah tablet grafik dan pendigit.
12345678910...

Kembali ke atas