Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.gra.si] | اينتݢراسي

Definisi : penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan, penyatuan: soal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; pencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dgn mencari ruang-ruang budaya yg membolehkan wujudnya kerjasama dlm erti yg sebenar; berintegrasi bergabung, berpadu; mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi; terintegrasi disatupadukan: bangsa yg ~ kelompok etniknya; pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.te.gra.si] | اينتݢراسي

Definisi : gabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Usaha dilakukan utk mewujudkan ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Malaysia. berintegrasi 1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan. mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. terintegrasi digabungkan atau dipadukan: bangsa yg ~ kelompok suku kaumnya. pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, bahagian dll): ~ nilai murni dan nilai agama dlm pendidikan memungkinkan lahirnya model terbaik bakal membentuk generasi yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
integrasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :satu, penyatuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
association cortexkorteks gabunganSains SukanBiomekanikKawasan khusus pada korteks serebrum, tempat berlakunya proses integrasi pelbagai jenis impuls. Contohnya, proses integrasi sensorimotor dan audiovisual.
integrationintegrasiKesusasteraanTiadaPerihal menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu kesatuan.
family integrationintegrasi keluargaSosiologi KeluargaTiada-
nanoelectromechanical (NEM) testujian nanoelektromekanik (NEM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanUjian yang digunakan untuk mengukur fungsi integrasi elektrik dan mekanik yang berskala nano. Contohnya ialah meter pecutan dan sensor untuk mengesan bahan kimia dalam udara.
reaction timemasa reaksiSains SukanBiomekanikMasa yang diambil untuk bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Masa reaksi melibatkan integrasi pada bahagian tinggi pusat sistem saraf, iaitu melibatkan persepsi. Masa reaksi dilihat dari tempoh mula penerimaan rangsangan sehingga bermulanya gerak balas. Masa reaksi seseorang individu adalah berbeza dan dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan individu itu sendiri. Dalam sukan, kepantasan dan masa reaksi ialah elemen penting untuk kejayaan prestasi kecergasan fizikal dalam kebanyakan kemahiran sukan.
computer engineeringkejuruteraan komputerFizikNanoteknologiDisiplin ilmu yang menggabungkan kedua-dua bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer. Jurutera komputer yang dilatih dalam bidang ini biasanya mempunyai pengetahuan dalam kejuruteraan elektrik, reka bentuk perisian dan integrasi antara perkakasan dengan perisian. Kejuruteraan komputer melibatkan pelbagai aspek pengkomputeran seperti pemprosesan mikro, komputer peribadi, superkomputer, kuantum komputer, dan reka bentuk litar.
clinical informaticsinformatik klinikalTeknologi Maklumate-KesihatanBidang sains gunaan yang terlibat dalam kesan penggunaan alat maklumat kesihatan terhadap kognitif, pemprosesan maklumat, dan komunikasi dalam amalan klinikal, pendidikan dan pembangunan polisi. Bidang ini juga melibatkan pemahaman, integrasi dan aplikasi teknologi maklumat dalam perkhidmatan kesihatan. Informatik klinikal mengubah perkhidmatan kesihatan secara menganalisis, melaksanakan dan menilai sistem maklumat dan komunikasi dengan menambah baik hasil kesihatan individu dan masyarakat, serta penjagaan pesakit, dan memperbaik hubungan antara pengamal perubatan dengan pesakit. Sinonim informatik kesihatan, informatik perubatan.
social controlkawalan sosialPentadbiranTiadaMekanisma atau kaedah yang digunakan untuk mengawasi tingkah laku individu dan kumpulan individu bagi menjamin kemakmuran dalam masyarakat. Kawalan sosial dianggap sebagai pemangkin utama dari sudut penjagaan keamanan, keselamatan, keselesaan dan sebarang bentuk ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, kekukuhan ekonomi, kestabilan politik, keseimbangan sosiobudaya, perpaduan kaum dan integrasi nasional mudah dicapai. Walau bagaimanapun, keberkesanan kawalan sosial di dalam sesebuah masyarakat banyak bergantung kepada tahap kesedaran yang tinggi, keakraban hubungan komuniti dan kerjasama yang wujud dalam masyarakat itu sendiri. Misalnya, peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung, RELA, Pertubuhan Belia dan sebagainya boleh dianggap sebagai mekanisma kawalan sosial yang penting untuk mencegah huru-hara dalam masyarakat.

Kembali ke atas