Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.lék] | اينتليک

Definisi : (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; mengintelekkan menjadikan seseorang intelek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.te.lék] | اينتليک

Definisi : /intelék/ kuasa utk berfikir; akal budi: kaum (golongan) ~ kaum (golongan) terpelajar; golongan cerdik pandai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intelek (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan daya berfikir, akal budi.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plagiarismplagiarismeKriminologiKeadilan JenayahSuatu bentuk jenayah terhadap harta intelek, iaitu karya atau reka cipta yang dihasilkan semula tanpa keizinan pencipta asal atau secara bertentangan dengan kepentingan hak pemilik harta intelek.
intellectual property crimejenayah harta intelekKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang melibatkan penghasilan, penjualan atau pengedaran barangan tiruan yang bertentangan dengan hak cipta, paten, tanda niaga, reka bentuk industri atau hasil kesenian untuk mengaut keuntungan.
drug patentpaten drugHerbaPemiawaianDrug yang telah didaftarkan di institusi yang memberikan perkhidmatan paten untuk melindungi harta intelek. Contohnya, agensi MyIPO yang menguruskan paten drug di Malaysia.
psychosocial deprivationdeprivasi psikososialPerubatanPsikiatriKetiadaan rangsangan yang sesuai dalam persekitaran sosial atau fizikal yang diperlukan oleh emosi, sosial dan perkembangan intelek individu.
self-injurycedera kendiriPendidikanTiadaTingkah laku mencederakan diri sendiri seperti menghantukkan kepala dan menarik rambut yang berlaku di kalangan individu yang mempunyai kecacatan intelek yang teruk atau yang menunjukkan perlakuan autistik.
romanticromantikKesusasteraanPuisiPerihal suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan. Puisi ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; cenderung kepada keagungan, perasaan dan kecantikan. Contohnya, puisi "Kekasih" karya Usman Awang.
patriarchypatriarkiKesusasteraanTiadaInstitusi sosial yang meletakkan lelaki sebagai pemegang kuasa dominan atau utama. Contoh kuasa boleh diperlihatkan melalui peranan utama yang dimainkan oleh lelaki dalam pentadbiran, institusi sosial, pemilikan, dan pewarisan harta. Patriarki dikaitkan dengan nilai seperti sikap persaingan dan bukan empati, intelek dan bukan intuisi. Nilai ini membawa kepada sikap materialistik dan keinginan untuk berkuasa dan menakluk. Walau bagaimanapun, konsep patriarki tidak membawa maksud monolitik kerana ciri-ciri patriarki turut bergantung pada konteks budaya yang khusus, menyebabkannya berbeza dari satu budaya kepada budaya yang lain. Contohnya, kritikan feminis dalam bidang sains sosial dan kesusasteraan berpusat kepada kritikan hegemoni patriarki. Para pengkritik feminis berpendapat bahawa patriarki dapat dilihat dari pelbagai aspek kehidupan. Contohnya, dalam sektor ekonomi, wanita dibayar upah yang lebih rendah berbanding lelaki walaupun menjalankan tugas yang sama. Dari segi budaya, contohnya dalam media massa, wanita sering dipaparkan stereotaip sebagai lambang seks dan wanita dikatakan kurang pintar berbanding lelaki. Dalam kritikan kesusasteraan dari sudut feminis, diskriminasi patriarki ini didedahkan melalui kritikan terhadap stereotaip watak wanita. Kritikan dari sudut ini menampilkan kejayaan pengarang wanita yang selama ini terabai. Kritikan ini juga mencadangkan gaya penulisan bersifat kewanitaan yang tidak membawa nada yang tegar tetapi lebih bersifat empati. Patriarki berasal daripada perkataan Yunani patriarches, iaitu pater yang bermaksud �bapa� dan archein yang bermaksud �memerintah�. Lihat juga ginokritisisme.

Kembali ke atas