Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. ability to understand, learn, think, etc, kecerdasan; (coarse) otak: a girl of average ~, kanak-kanak perempuan yg sederhana kecerdasannya; use your ~!, gunakan otak kamu!; have the ~, cerdik: when the fire broke out, he had the ~ to douse it with a bucket of sand, apabila kebakaran itu berlaku, dia cerdik dan menyimbah api itu dgn sebaldi pasir; 2. news, information (about the enemy in particular) risikan: the latest ~ from the front line, risikan mutakhir dr barisan hadapan; 3. people, department involved in gathering such information, bahagian perisik; (attrib) perisik: military ~, bahagian perisik tentera; ~ officer, pegawai perisik. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata intelligence


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collaborative intelligence toolsalat kecerdasan kolaboratifTeknologi Maklumate-PembelajaranPerisian yang membolehkan analisis kolaborasi dilakukan terhadap sekumpulan pengguna yang bekerjasama antara satu sama lain walaupun berada di lokasi yang berbeza. Dalam konteks e-pembelajaran, analisis dilakukan terhadap cara pelajar dan/atau pengajar menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen, berkongsi paparan komputer dan lain-lain. Ciri analitik ini menggunakan teknik kecerdasan buatan seperti multiagen dan pengecaman pola.
machine intelligencekecerdasan mesinTeknologi MaklumatTiadaKeupayaan mesin melakukan fungsi yang biasanya dikaitkan dengan kecerdasan manusia, seperti pembelajaran dan penyelesaian masalah.
business intelligencerisikan bisnesTeknologi MaklumatTiadaTeknik yang digunakan untuk mengenal pasti, mengekstrak, menyimpan, menganalisis data yang diperoleh daripada persekitaran organisasi bagi tujuan mendapatkan pengetahuan daripada hal ehwal sesebuah organisasi dengan menggabungkan seni bina sistem, alatan ekstrak, pangkalan data dan alatan analitik untuk membuat keputusan.
artificial general intelligence (AGI)kecerdasan umum buatan (AGI)Teknologi MaklumatTiadaTeknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang tidak terhad dan mempunyai kemampuan kognitif (pengetahuan) setaraf dengan manusia seperti pemprosesan bahasa dan imej.
artificial super intelligence (ASI)kecerdasan super buatan (ASI)Teknologi MaklumatTiadaTeknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang mampu melakukan semua perkara termasuklah secara fizikal, bahkan dapat mengatasi kemampuan manusia termasuklah membuat keputusan dan memilih tindakan rasional seperti robot mengambil alih mesin pembuatan.
weak artificial intelligence (AI)kecerdasan buatan lemahTeknologi MaklumatTiadaLihat kecerdasan terhad buatan.
strong artificial intelligence (AI)kecerdasan buatan kukuhTeknologi MaklumatTiadaLihat kecerdasan umum buatan.
artificial narrow intelligence (ANI)kecerdasan terhad buatan (ANI)Teknologi MaklumatTiadaTeknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang terhad kepada fungsi tunggal seperti Siri (Apple), Alexa (Amazon), perisian pengecaman wajah dan sebagainya.

Kembali ke atas