Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.tén.si.ti] | اينتينسيتي

Definisi : (inténsiti) keadaan yg amat sangat (hebat, sungguh-sungguh, mendalam, dsb), keamatan: reka bentuk latar ini pula turut melibatkan elemen-elemen lain spt ~ pencahayaan bagi sesuatu adegan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata intensiti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intensityintensitiKesusasteraanPuisiLihat keamatan.
townbandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu kawasan petempatan yang mempunyai saiz penduduk yang lazimnya melebihi 10000 orang, intensiti pembangunan yang tinggi, infrastruktur yang lengkap dan kebanyakannya ditadbirkan oleh pihak berkuasa tempatan.
comprehensive planningperancangan komprehensilPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPerancangan pembangunan sesuatu kawasan yang termasuk antara lain guna tanah, intensiti guna tanah, perundangan, dan kawalan pembangunan.
physiologic loading zonezon pembebanan fisiologiSains SukanBiomekanikZon pada tisu, otot, tulang mineral, tendon dan ligamen yang mengadaptasi intensiti latihan pada kadar yang sama.
transfer development rightpindah hak pembangunanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu kaedah yang membolehkan seseorang pemilik tanah mengemukakan cadangan kepada pihak berkuasa tempatan bagi menjual atau memindah hak intensiti yang telah dinafikan oleh pihak berkuasa tempatan disebabkan dasar pembangunan yang dicadangkan.
intensitykeamatanKesusasteraanPuisiKeadaan yang amat sangat, dan bersungguh-sungguh dalam mencitrakan sesuatu imej, seperti imej alam, imej manusia dan sebagainya. Keadaan ini boleh meninggalkan pelbagai kesan seperti sedih, marah dan simpati kepada khalayak apabila puisi itu dideklamasikan. Sinonim intensiti.
thin layer chromatography (TLC)kromatografi lapisan nipis (TLC)HerbaTiadaKaedah pemisahan pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam herba. Fasa pegunnya terdiri daripada pepejal yang disebarkan dalam bentuk lapisan nipis pada plat penyokong yang dibuat daripada kaca, logam atau plastik. Fasa geraknya terdiri daripada campuran pelarut organik, bahan kimia dan bahan akueus. TLC digunakan dalam analisis kawalan kualiti kebanyakan bahan herba. Dalam analisis ini, larutan sampel herba biasanya dititiskan dalam bentuk tompok atau jalur pada satu hujung plat (garis dasar) dengan mikropipet. Plat tersebut dibangunkan dalam balang pembangunan yang tepu dengan fasa gerak. Bahan kimia dalam sampel akan terpisah dalam bentuk jalur dan menghasilkan profil kromatogram pada plat. Jalur terpisah ini dikesan sama ada di bawah cahaya nampak, sinaran ultralembayung atau selepas dirawat dengan reagen pewarna tertentu. Jenis warna, intensiti warna dan nilai faktor penahanan (Rf) bagi setiap jalur terpisah ditentukan. Nilai Rf dihitung daripada ungkapan a/b iaitu a ialah jarak yang dilalui oleh jalur terpisah dari garis dasar dan b ialah jarak yang dilalui oleh hadapan pelarut dari garis dasar. Kromatografi lapisan nipis juga digunakan untuk pemisahan kebanyakan bahan kimia seperti alkaloid, flavonoid, terpena dan sebagainya. Dalam TLC preparatif, jalur yang terpisah dikikis daripada plat, dan bahan kimianya diekstrak dengan pelarut yang bersesuaian. Analisis TLC kuantitatif dilakukan melalui kaedah densitometri.

Kembali ke atas