capacity | kapasiti | Hidrologi | Tiada | 1. Isi padu yang boleh ditampung oleh sesuatu waduk. 2. Kadar aliran yang boleh ditampung oleh sebarang binaan penyalur. |
rate of flow | kadar aliran | Kejuruteraan | Tiada | 1. Isi padu air yang mengalir melalui garis keratan luahan dalam seunit masa. Sinonim: luahan. 2. Kadar penghantaran pam atau set pengepaman. |
form factor | faktor bentuk | Perhutanan | Tiada | 1. Nisbah isi padu kayu yang diperoleh daripada hasil darab tinggi pokok dengan luas pangkal yang biasanya diukur pada ketinggian aras dada, iaitu 1.44 meter. Faktor bentuk digunakan untuk menganggarkan isi padu kayu yang boleh dihasilkan daripada sesuatu dirian. 2. Nisbah modulus kepecahan batang rasuk yang mempunyai bentuk dan ukuran tertentu kepada modulus kepecahan rasuk piawai. |
sauce pot | periuk bertelinga | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Periuk sederhana yang jeluk dengan isi padu 1 hingga 6 liter untuk memudahkan mengacau sos, sup dan makanan cecair yang lain. |
porosity | keliangan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peratusan ruang pada bahan.,2. Nisbah, biasanya dalam peratusan, bagi isi padu liang terhadap isi padu keseluruhan batuan. |
cubic centimenter (cc) | sentimeter padu (cm�) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit isi padu dalam sistem metrik. 1 sentimeter padu (1 cm�) sama dengan 0.061 in�. Unit ini digunakan untuk mengukur keupayaan enjin. |
coefficient, contraction | koefisien kisut | Hidrologi | Tiada | (1) Nisbah kepanjangan, keluasan keratan, atau isi padu yang dikurangkan terhadap kepanjangan, keluasan keratan, atau isi padu asal. (2) Dalam hidrometri, nisbah keluasan keratan rentas basah normal keratan jepit terhadap keluasan keratan rentas nominal orifis atau mulut empang. |
engine displacement | sesaran enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Isi padu sapuan dalam unit sentimeter padu (cc) unit liter yang dijanakan oleh gerakan omboh dalam gerek silinder e semasa omboh membentuk satu lejang yang lengkap. Bagi enjin multisilinder, isi padu sapuan dijumlahkan mengikut bilangan silinder. Contohnya, enjin CamPro 1.6 liter mempunyai isi padu sapuan 1597 cc. |
atomic packing factor (APF) | faktor padatan atom (APF) | Nanoteknologi | Tiada | Faktor bahagian isi padu dalam struktur hablur yang menempati atom kandungannya. Suatu kuantiti tanpa unit (dimensi) yang kurang daripada 1. dengan Natom = bilangan atom, Vatom = Isi padu atom dan unit Vsel = isi padu sel unit, r = jejari sfera dan a = panjang kubus. |
moisture content | kandungan kelengasan | Sains | Tiada | 1. (Bagi tanih lengas) Peratusan air di dalam tanih yang diungkapkan berdasarkan berat kering atau isi padu. Sinonim kandungan air, peratusan kelengasan. 2. (Bagi udara) Lihat kelembapan spesifik. |