Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata isinya

Puisi
 

Apa dijolok buah kundang,
     Isinya putih manisnya tidak;
Apa dirajuk kepada orang,
     Entah kasih entahkan tidak.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata,
     buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Bermaksud :

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oily fishikan lemak; ikan berminyakPentadbiran PerniagaanTiada1. Ikan yang isinya mengandung 0.5% hingga 20% lemak. 2. Ikan yang isinya mengandung 0.5% hingga 20% minyak.
Canning cultivarKultivar tinPertanianAgronomi

Kultivar buah yang sesuai untuk diproses menjadi produk di dalam tin. Contohnya, kultivar Cayenne bagi buah nanas paling sesuai untuk kultivar tin kerana isinya yang keras dan buahnya yang besar. Sebaliknya, nanas Josepine tidak sesuai kerana isinya yang lembut dan kandungan gula yang tinggi dan menjadikannya paling sesuai sebagai kultivar untuk dimakan segar.

epitaphepitafKesusasteraanTiadaTulisan-tulisan ringkas yang isinya berupa pujian kepada orang yang sudah meninggal.
horseradishlobak kudaPentadbiran PerniagaanTiadaSayuran ubi yang isinya berwarna perang kekuningan dan isi akarnya berwarna putih yang disagat untuk stik dan kentang bakar.
codex optimus(L.)naskhah optimumKesusasteraanTiadaNaskhah yang isinya dianggap paling baik.
pantheismpanteismeKesusasteraanTiadaSuatu kepercayaan bahawa dunia dengan segala isinya adalah Tuhan.
oystertiramGeografiTiadaHaiwan moluska yang tinggal di dasar laut, isinya boleh dimakan cangkerangnya menghasilkan mutiara.
Brazilnutkacang BrazilPentadbiran PerniagaanTiadaKacang berbentuk bujur yang tekstur isinya seperti kelapa, berwarna putih, lemak rasanya untuk kek, biskut, coklat dan desert.
oystertiramPentadbiran PerniagaanTiadaHaiwan moluska yang tinggal di dasar laut, isinya boleh dimakan cangkerangnya menghasilkan mutiara.
hullerpengupasPentadbiran PerniagaanTiadaMesin yang mengeluarkan kulit luar buah daripada isinya seperti bijian dan kekacang.
12345

Kembali ke atas