agent special fare | tambang istimewa ejen | Pelancongan | Tiada | Tambang khas yang diberikan oleh syarikat pengangkutan kepada ejen pelancongan. |
signature dish | hidangan pengenalan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Makanan paling istimewa dan menonjol yang dihasilkan oleh pengeluar atau penjual yang dijadikan sebagai hidangan utama untuk diperkenalkan kepada pelanggan. |
significant others | orang terdekat | Kejururawatan | Tiada | Individu yang penting dan istimewa yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang. Contohnya suami, ibu, keluarga, atau kawan pesakit. |
period style | gaya zaman | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perabot yang memiliki gaya istimewa atau sifat tertentu yang dihasilkan pada suatu era sejarah atau di bawah sesebuah pemerintahan monarki, atau oleh pusat pengajian reka bentuk tertentu. Arus gaya reka bentuk dalaman berubah disebabkan gaya hidup, politik, pengaruh iklim, bahan, moral, agama dan kedudukan ekonomi. Gaya juga turut bertukar kerana dipengaruhi oleh individu, keperluan asas penghiasan rumah, perkembangan teknologi dan seterusnya penciptaan yang lebih saintifik. |
charismatic leadership | kepimpinan berkarisma | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat kepimpinan luar biasa dan sangat istimewa yang dimiliki oleh pemimpin tertentu sama ada yang bersifat keagamaan atau politik dalam mengetuai masyarakat atau negara. Autoriti sesebuah organisasi atau masyarakat itu amat bergantung kepada sifat karisma tersebut. Pemimpin berkarisma akan memaksimumkan segala kebolehannya untuk mendapatkan sokongan dan perhatian masyarakat. Bagi masyarakat tradisi, kelahiran pemimpin ini amat penting sebagai pencetus kepada perubahan atau revolusi. Secara amnya, kepimpinan karismatik ini lahir dalam masyarakat yang memiliki kadar rasional yang masih rendah. Max Weber tokoh yang mengutarakan konsep kepimpinan ini menyatakan bahawa karisma seseorang pemimpin akan menjadi berkurangan mengikut tahap rasionalisasi masyarakat. Semakin tinggi tahap rasionalisasi masyarakat semakin kurang idola karisma seseorang pemimpin. Contohnya, pemimpin seperti Adolf Hitler, Lenin, Soekarno dan Mahatma Gandhi. |
vested interest | kepentingan diri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kepentingan yang dimiliki oleh seseorang, ekoran daripada kedudukan istimewa orang lain yang menguntungkan belia. Keadaan yang memberi kelebihan ini biasanya bersifat kepentingan peribadi dan individu yang memiliki kepentingan tersebut dapat menikmati keuntungan selagi kedudukan kuasanya tidak berubah. lndividu ini akan berusaha untuk memelihara kedudukan sedemikian demi mengekalkan kepentingan dirinya. Contohnya, seorang menteri besar boleh mempengaruhi mesyuarat Exco kerajaan negeri bagi meluluskan penjualan tanah yang dipohon oleh anggota keluarganya kerana beliau juga memiliki kepentingan diri hasil daripada keputusan yang dibuat. |
fine dining restaurant | restoran hidangan pesona | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Restoran yang mempunyai suasana yang eksklusif dan formal serta penyediaan hidangan disajikan oleh pramusaji dengan layanan istimewa. Lazimnya harga hidangan adalah mahal. |
fine dining | hidangan pesona | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Berkaitan dengan hidangan yang disediakan di restoran yang mempunyai suasana yang eksklusif dan formal serta penyediaan hidangan disajikan oleh pramusaji dengan layanan istimewa. Lazimnya harga hidangan adalah mahal. |
itinerant services | perkhidmatan bergerak | Pendidikan | Tiada | Perkhidmatan pendidikan atau terapi yang diberi oleh golongan profesional yang berkunjung dari satu pusat ke pusat pendidikan lain untuk membantu pelajar dalam kelas biasa atau pelajar istimewa. Contohnya rawatan fisioterapi bagi pelajar yang mempunyai masalah pergerakan, pertuturan dan kecacatan pendengaran. |
regime | rejim | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan atau pengurusan yang mempunyai bentuk pemerintahan yang signifikan atau dikenali umum. Konsep rejim ini terhasil ekoran daripada sebuah pemerintahan yang panjang atau dikuasai oleh pemimpin yang istimewa, kontroversi atau terkenal. Rejim turut melambangkan satu jangka waktu pemerintahan seperti rejim Soeharto pada dekad 1970-an dan 1980-an di Indonesia. Pemerintahan ini juga boleh bersifat demokratik atau autoritarian. Walaupun begitu, penggunaan istilah rejim lebih cenderung menonjolkan sifat negatif dalam pemerintahan. |