Isu-isu sosial sentiasa wujud dalam masyarakat kita dan di seluruh dunia dalam pelbagai bentuk dan rupa. Isu sosial boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja isu yang mempengaruhi kulaiti kehidupan seseorang individu atau komuniti keseluruhan. Di antara isu-isu sosial ialah masalah ketagihan dadah di kalangan kaum remaja dalam sesebuah komuniti, tahap keciciran yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar sekolah, pertelingkahan rumahtangga dengan bertambahnya ibu tunggal, vandalisme dan lain-lain. Isu sosial ini akan memberikan kesan yang buruk kepada komuniti keseluruhannya. Jika diabaikan, ia akan mempengaruhi dan menjejaskan pembangunan yang berterusan.
Thanks for clicking. That felt good.