practice item | item latihan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Soalan atau aktiviti pembelajaran yang diberikan kepada pelajar bagi tujuan memantapkan dan menilai pemahaman terhadap sesebuah topik atau konsep. |
learning object | objek pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sumber digital berciri boleh guna semula, modular dan berdiri sendiri. Objek pembelajaran ini serba lengkap dari segi strukturnya yang mengandungi objektif, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran bagi sesuatu pelajaran atau siri pelajaran sama ada dalam bentuk unit, modul, kursus-kursus dan juga program. Koleksi ini umumnya terdiri daripada item isi kandungan pelajaran, item ulang kaji dan item pentaksiran yang dibangunkan berdasarkan satu objektif pembelajaran. |
preloved item | barang kenangan/ barang kesayangan/ barang terpakai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
signature item | barang pengenalan | Pelancongan | Tiada | Sesuatu yang menjadi tanda pengenalan bagi organisasi, tempat atau bangunan. |
valve item | batang injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian bawah injap enjin yang berupa rod silinder dengan alur penyekat untuk dipasang pada pengunci pegas injap. Batang injap ini digunakan untuk memandu pergerakan injap melalui pandu injap supaya sentiasa bergerak secara ulang-alik pada paksinya semasa operasi buka-tutup injap. |
capsule wardrobe | busana kapsul | Umum | Tiada | Koleksi pakaian dan aksesori yang hanya merangkumi item yang dianggap asas atau penting. |
pragmatic | pragmatik | Kesusasteraan | Tiada | Disiplin pengajian bahasa dan cabang liguistik yang mementingkan penggunaan bahasa dan dalam sesuatu konteks. Disiplin ini cuba mengetengahkan variasi sistematik dalam pemilihan dan pembentukan item liguistik yang didapati daripada ruang sosial. Disiplin ini mula diperkenalkan pada tahun 1930-1940-an apabila ahli falsafah linguistik, Morris dan Peirce mula membicarakan hubung kait petanda dengan pengguna dan penginterpretasi (pentafsir). Sejak tahun 1970-an, pengajian pragmatik mula mengalami pelbagai variasi, khasnya dengan pertumbuhan sosiolinguistik, analisis wacana dan gramatis yang berfungsi. Pengajian teori oleh Searle dan Austin amat penting dalam pertumbuhan disiplin ini. Perbezaan ketara antara pragmatik dengan semantik adalah pragmatik mementingkan penyebutan dan keadaannya lebih mementingkan ayat atau penyampaian. Contohnya, ayat �can you drive a car?� boleh membawa pelbagai maksud mengikut konteks. Pragmatik mementingkan fungsi, niat dan kesan sesuatu ayat, dan akhirnya tahap kepakaran linguistik yang diperlukan untuk setiap situasi sosial. |