Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itu

Puisi
 

Api siapa di teluk itu,
     Tempat budak membakar kurau;
Anak siapa secantik itu,
     Bolehkah kami menumpang gurau.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(267)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hexametresadmatraKesusasteraanPuisiPuisi yang mempunyai unsur irama yang berpola enam. Pola ini dapat dikesan apabila puisi ini dideklamasikan. Contohnya, puisi "Di Luar Negeri" karya A. Ghafar Ibrahim. Di dalam negeri asyik diselubungi keadaan itu itu di luar negeri kita keluar dari keadaan ini dapat melihat ke dasar masalah tanah air dengan rasa lapang dan sedar.
self-fulfilling prophecyramalan sempurna kendiriKriminologiKeadilan JenayahJangkaan individu tentang sesuatu hal, peristiwa atau individu lain, yang tanpa disedari mempengaruhi kelakuan atau tindakan individu itu sehingga menyebabkan hal itu benar-benar berlaku seperti yang dijangkakan. Contohnya, seseorang yang dianggap akan menjadi penjenayah, akhirnya terjebak dalam aktiviti jenayah.
hemistichhemistisKesusasteraanPuisiAyat yang dibina bukan merupakan baris penuh yang mengandungi satu idea atau pemikiran. Baris itu dipenggal kepada dua dan bahagian keduanya digunakan untuk membentuk baris baharu. Contohnya, rumah itu telahku tinggalkan' dipenggal menjadi Seperti di bawah. rumah itu telahku tinggalkan. Sinonim baris setengah.
khabarkhabarKesusasteraanTiadaPembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani.
asymptomaticasimptomatikKejururawatanTiadaTidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala penyakit, oleh itu sukar untuk mengesan sama ada penyakit itu wujud atau tidak.
risk avoidancepengelakan risikoinsuransTiadaSesuatu risiko boleh dielakkan menggunakan dua cara iaitu dengan tidak mengambil atau terdedah kepada risiko itu, atau dengan meninggalkan risiko itu supaya ianya tidak wujud lagi.
confessional poetrypuisi pengakuanKesusasteraanPuisiPuisi kisahan yang mengandungi suatu pengakuan yang sangat peribadi sifatnya. Pengakuan itu tidak semestinya dilafazkan oleh pengarang, tetapi mungkin juga oleh watak dalam puisi itu. Contohnya, puisi "Nyanyian Angsa" dan "Sajak Anak Muda" karya W.S. Rendra.
false negative testujian negatif palsuKesihatan AwamTiadaKeputusan ujian yang menunjukkan seseorang tidak mempunyai penyakit atau keadaan tertentu sedangkan orang itu sebenarnya mempunyai penyakit atau keadaan itu.
insurance funddana insuransPentadbiran PerniagaanTiada1. Kumpulan wang yang mengandungi semua premium yang diterima oleh insurer, termasuk pendapatan kumpulan wang itu. 2. Aset yang terkandung dalam kumpulan wang itu digunakan hanya untuk memenuhi liabiliti dan perbelanjaan yang berkaitan dengan perniagaan insurans yang dimaksudkan.
social mobilitymobiIiti sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang memungkinkan seseorang itu mendaki hierarki sosial kepada status yang lebih tinggi kesan daripada faktor tertentu seperti pekerjaan atau pendapatan yang lebih baik. Mobiliti ini wujud dalam masyarakat terbuka yang membolehkan seseorang itu memperbaik kedudukannya. Ini berbeza dengan masyarakat tradisional yang hierarkinya tetap atau tertutup, seperti anak petani akan terus menjadi petani manakala anak bangsawan akan terus menjadi bangsawan. Seorang yang lahir sebagai anak petani akan berada dalam hierarki sosial yang rendah tetapi ia boleh meningkatkan taraf kedudukannya dengan berusaha dan menjadi seorang doktor atau jurutera lalu memiliki status sosial yang lebih baik. Mobiliti sosial di Malaysia kini sangat terbuka, sesiapa sahaja yang layak dan berjaya boleh menjawat jawatan penting dalam ekonomi atau poIitik tanpa mengira asal kedudukannya.
12345678910...

Kembali ke atas