Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.zin] | ايذين

Definisi : Ar persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (drpd ibu bapa, ketua, dsb), perkenan (Allah): tauke itu belum lagi mendapat ~ utk membuka kedai di sini; dgn ~ Allah; seizin = dgn ~ dgn kebenaran, dgn perkenan; mengizinkan memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu; keizinan kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan; pengizinan perbuatan mengizinkan (membenarkan); pengizin orang yg memberi izin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.zin] | ايذين

Definisi : pernyataan membenarkan atau merelakan sesuatu: Kami belum mendapat ~ utk membuka kedai itu. mengizinkan memberi izin kpd; membenarkan; menyetujui: Ibunya tidak ~ dia berkahwin dgn orang asing. keizinan hal mendapat izin; kebenaran; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
izin
Kata Terbitan : keizinan, mengizinkan,

Puisi
 

Cik Mahat tukang rumah,
     Cik Ali tukang tingkap;
Minta maaf seisi rumah,
     Minta izin saya cakap.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dischargeizin keluarKesihatan AwamTiadaKeadaan pemberitahuan (seseorang) secara rasmi bahawa mereka boleh atau dibenarkan keluar daripada hospital kerana pesakit telah disahkan sembuh.
wayleaveizin laluPenilaian Harta TanahTiadaTiada
admittanceizin masukPenilaian Harta TanahTiadaTiada
admittanceizin masukPenilaian Harta TanahTiadaTiada
electricity wayleaveizin lalu elektrikPenilaian Harta TanahTiadaTiada
software piracycetak rompak perisianKriminologiKeadilan JenayahAktiviti menyalin atau mencetak perisian tanpa izin dan melanggar undang-undang. Contohnya, menyalin dan menjual perisian komputer untuk tujuan mengaut keuntungan.
pirated editionedisi rompakKesusasteraanPuisiPenerbitan dan percetakan kali kedua yang dilakukan oleh penerbit yang lain tanpa meminta izin daripada penerbit pertama.
commercial burglarypecah masuk komersialKriminologiKeadilan JenayahTindakan memasuki premis komersial seperti pejabat, kedai, stor atau lain-lain tanpa izin pemilik premis, bertujuan untuk mencuri.
doxingdedah mayaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTindakan mendedahkan dan menyebarkan maklumat peribadi tentang individu atau organisasi secara terbuka tanpa izin pemiliknya, misalnya seperti nombor telefon, alamat dan gambar peribadi. Pendedahan ini biasanya dilakukan di dunia maya melalui Internet.
doxingdedah mayaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTindakan mendedahkan dan menyebarkan maklumat peribadi tentang individu atau organisasi secara terbuka tanpa izin pemiliknya, misalnya seperti nombor telefon, alamat dan gambar peribadi. Pendedahan ini biasanya dilakukan di dunia maya melalui Internet.
12

Kembali ke atas