keroncong | keroncong | Muzik | Tiada | Genre muzik sosial yang berasal dari Betawi, iaitu Jakarta pada abad ke-16 dan abad ke-17. Pada masa itu, keroncong dinyanyikan oleh kaum lelaki Serani kelas bawahan yang diberi gelaran Buaya Keroncong. Mereka berjalan-jalan di bandar sambil menyanyikan lagu keroncong pantun kasih sayang kepada kaum wanita. Ensembel dan idiom keroncong diiringi penyanyi, biola, flut, cak dan cuk, gitar, celo dan dabal bes. Flut memainkan melodi secara heterofoni, sementara dua gitar kecil, iaitu cak dan cuk bermain silih berganti seperti saron dan bonang. Alat muzik gitar berfungsi untuk melengkapkan irama, celo dimainkan secara pizzicato, iaitu meniru rentak gendang manakala dabal bes pula memainkan not bes. Contoh beberapa jenis keroncong ialah keroncong asal (keroncong asli Jawa), keroncong stambul (keroncong yang dipersembahkan dalam teater komedi stambul) dan keroncong langgam (keroncong lain yang bukan keroncong asli |
fringe theatre | teater pinggiran | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang dipersembahkan di luar pusat utama pementasan teater. Contoh pusat utama ialah Broadway (New York), West End (London), Taman Ismail Marzuki (Jakarta), dan Istana Budaya (Kuala Lumpur). Pada mulanya, pementasan teater pinggiran adalah untuk memerikan drama yang dipentaskan di kawasan pinggiran dan bercirikan avante-garde serta antigolongan berkuasa pada tahun 1950-an. Kini, teater ini tidak lagi terhad kepada tema di atas, tetapi turut mempersembahkan drama arus perdana yang boleh diterima umum. Lihat juga grada depan. |
fados | fados | Muzik | Tiada | Sejenis lagu dan tarian popular di Portugal yang mempengaruhi gaya keroncong di Betawi (Jakarta). Lagu dan tarian diiringi gitar. |
Batavianware | Tembikar Batavia | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tembikar yang disalut atau dihiasi dengan warna coklat kekuningan (glasier plumbum) yang terdapat dalam pelbagai warna. Tembikar ini mempunyai hiasan pada badan sama ada di bawah atau di atas lapisan glasier. Tembikar ini wujud sekitar tahun 1662 -1722 Masihi pada zaman Kangxi. Tembikar ini dikenali dengan Batavianware kerana diperdagangkan dari Batavia (Jakarta) ke pasaran Belanda. |