Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.na] | جان

Definisi : 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, ter­hasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.na] | جان

Definisi : ; menjanakan menghasilkan; mengeluarkan: ~ kuasa elektrik. penjana alat utk menjanakan (kuasa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jana
Kata Terbitan : menjanakan, terjana, penjanaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
balance of plant (BOP)baki lojiSains NuklearKejuruteraan ReaktorBahagian loji jana kuasa nuklear merangkumi struktur, sistem dan komponen dalam sistem bantu dan sistem sokongan reaktor yang terlibat dalam penjanaan tenaga elektrik.
power interruption insuranceinsurans gangguan kuasainsuransTiadaPerlindungan ini memberi ganti rugi kepada insured ke atas kerugian akibat gangguan jana kuasa awam yang disebabkan oleh peril yang diinsuranskan.
biomassbiojisimTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan yang terhasil daripada sumber organik, contohnya bahan api berasaskan kayu yang digunakan di stesen jana kuasa untuk penjanaan elektrik.
chemical volume control system (CVCS)sistem kawalan isi padu kimiaSains NuklearKejuruteraan ReaktorSistem untuk mengukur dan mengawal isi padu bahan kimia yang digunakan di dalam loji jana kuasa nuklear.
opposition coalitiongabungan pembangkangSains PolitikPolitik PerbandinganPakatan antara beberapa parti pembangkang yang dibentuk untuk menambah kekuatan bagi menyaingi parti pemerintah. Gabungan seperti ini bersifat kerjasama dan tidak menggugat identiti parti masing-masing. Gabungan ini dibentuk kerana parti pembangkang mempunyai sentimen dan kepentingan yang sepunya. Gabungan ini membolehkan kerusi yang dimiliki oleh pembangkang menjadi lebih besar. Contoh, gabungan pembangkang seperti parti Congress (O), Sosialis dan Jana Sangh yang membentuk gabungan Janata di India pada tahun 1977 dan telah menjatuhkan pemerintahan Congress (I).
qasidaqasidahKesusasteraanPuisiBentuk puisi awal berkembang dalam kesusasteraan Arab. Bentuk ini sukar diterjemahkan mengikut pola, irama dan rima yang lazim terdapat pada puisi Melayu tradisional. Walau bagaimanapun masyarakat MeJayu sering menyanyikannya dalam bentuk yang asal. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional yang dipetik dari buku Harun Mat Piah. Fadlu gaya syida Rab, Ya Rabbi hai yik Jana min amrina rosyada Wa jaal manu, matahal muna lana hadada Ya lin, ya lin, ya lin

Kembali ke atas