Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.kit] | جاڠکيت

Definisi : ; berjangkit, menjangkit 1. ber­pin­dah drpd seorang kpd seorang, menular, merebak: penyakit itu telah ~ ke kampung ini; 2. mengikut (tabiat, perangai, dll): tabiat itu telah ~ kpd anaknya; berjangkitan dijangkiti (penyakit, perangai, dll); keberjangkitan perihal berjangkit; menjangkiti menulari, merebak kpd: kami tidak mahu membiarkan kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai; menjangkitkan menularkan, merebakkan: ~ penyakit dgn jalan menyuntik; terjangkit dihinggapi penyakit dsb, di­jangkiti, kejangkitan: umbai yg ~ oleh kuman umpamanya, boleh menimbulkan suatu ke­adaan yg diketahui sbg radang umbai; jangkitan kejadian (penyakit dsb) ber­jangkit; kejangkitan dihinggapi penyakit (yg ber­jangkit), ketularan: dia takut ~ penyakit itu kalau bergaul dgn mereka yg berpenyakit; penjangkitan perihal (perbuatan, proses, dsb) menjangkit: ~ penyakit itu tidak berhasil; sudah cukup utk menyebabkan ~ yg parah hingga boleh merugikan petani; perjangkitan perihal berjangkit; penjangkit yg menyebabkan berlakunya jang­kitan, yg menyebabkan penjangkitan: nyamuk-nyamuk ~ penyakit ini mempunyai tempat biak yg tersendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.kit] | جاڠکيت

Definisi : ; berjangkit merebak atau berpindah ke benda lain (bkn api); menyerang orang lain (bkn penyakit); menular: Api itu telah ~ ke rumah sebelah. Penyakit anjing gila mudah ~. menjangkiti merebak kpd (bkn penyakit); menulari: Penyakit itu telah ~ seluruh anggota keluarga Pak Ahmad. menjangkitkan menyebabkan menjadi berjangkit; merebakkan; menularkan: Tikus selalu ~ penyakit. jangkitan kejadian berjangkit: Dia sakit kerana terkena ~ kuman. kejangkitan kena penyakit menular; ketularan: Ia tidak mahu tinggal di tempat yg kotor kerana takut ~ penyakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangkit
Kata Terbitan : berjangkit, menjangkiti, menjangkitkan, terjangkit, penjangkitan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kera jangkitkera jangkitKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk siamang bergayutan.
local lesion assayasai belur setempatBiologiPatologiKaedah untuk mengetahui daya jangkit, dan kevirulenan patogen yang menyebabkan gejala belur secara kuantitatif dengan cara menginokulasikannya pada perumah tertentu (biasanya pada daun) dan kemudian menilai keparahan penyakit berdasarkan bilangan belur yang terbentuk.
siamang bergayutsiamang bergayutKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk siamang sedang bergayutan. beruk bergayut, kera jangkit.
beruk bergayutberuk bergayutKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk siamang sedang bergayutan. Sinonim: beruk bergayut, kera jangkit.

Kembali ke atas