Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.nin] | جانين

Definisi : (yg masih dlm kandungan) lembaga, mudghah (manusia) yg cukup sifat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.nin] | جانين

Definisi : bakal anak (yg masih dlm kandungan); lembaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janin (kata nama)
Bersinonim dengan mudigah, lembaga, kandungan, fetus.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pregnancykehamilanKejururawatanTiadaKeadaan kehadiran janin yang berkembang dalam uterus selama 9 bulan dan 10 hari. Ia dicirikan dengan pemberhentian haid, loya dan muntah, pembesaran payu dara, pigmentasi puting, pembesaran abdomen, pergerakan janin dan bunyi denyutan jantung janin.
fetal attitudeatitud janinKejururawatanTiadaPerhubungan bahagian janin, iaitu kepala, spina dan anggota-anggotanya antara satu dengan lain.
fetal growth and development monitoringpemantauan perkembangan dan pembesaran janinKejururawatanTiadaProses memantau pembesaran dan perkembangan janin dan mengesan ketaknormalan sepanjang tempoh kehamilan.
foetusfetusKejururawatanTiadaJanin pada peringkat pascaembrio bermula dari minggu kesembilan sehingga kelahiran.
gestation periodtempoh kebuntinganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanTempoh perkembangan janin dalam kandungan ibu. Contoh tempoh kebuntingan untuk lembu ialah 285 hari, kuda 330 hari dan kucing 63 hari.
abortifacientabortifasienHerbaFitoterapiSebarang bahan sama ada herba atau produk herba yang menyebabkan keguguran janin.
embryoembrioKejururawatanTiadaHasil konsepsi di dalam uterus pada hari keempat selepas persenyawaan sehingga ke akhir minggu kelapan perkembangan janin.
cleft palateklef lelangit/klef palatalPerubatanTiadaKlef yang terdapat di lelangit ketika lahir disebabkan kegagalan gabungan struktur embrio semasa pembentukan janin.
cleft lipklef bibir/bibir rekahPerubatanTiadaKlef yang terdapat di bibir ketika lahir disebabkan kegagalan gabungan struktur embrio semasa pembentukan janin.
congenital anomalyanomali kongenitalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeadaan ketidaksempurnaan kelahiran, iaitu kelainan struktur dan fungsi atau metabolik yang terjadi pada peringkat janin. Anomali kongenital dapat dikenal pasti semasa peringkat pranatal atau selepas kelahiran.
12

Kembali ke atas