Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb: kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari bulatan; ~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di lan­­dasan; ~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan jarak yg mem­bolehkan seseorang yg normal pe­lihatannya melihat sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur per­bezaan umur; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan; berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, be­renggang: rumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2. terpisah, menjauhi; menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-ca­haya berwarna akan lebih ~; menjaraki 1. membuat berjarak; 2. men­jauhi; menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr; penjarakan perbuatan menjarakkan, pen­jauhan, pemisahan, perenggangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ruang (sela) di antara dua benda atau dua tempat: ~ di antara meja dgn pintu itu dua meter. menjarakkan menjauhkan; memisahkan: Sekarang ia selalu ~ diri dr kawan-kawannya. sejarak dlm jarak tertentu; sejauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,

Puisi
 

Bukit Beguk barat Melaka,
     Anjing menyalak ayam hutan;
Buah jarak tidak kusangka,
     Jarak menjadi buah rambutan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Duduk meraut ranjau,
     tegak meninjau jarak.

Bermaksud :

Selalu bekerja tidak berhenti-henti.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perpendicular distancejarak serenjangMatematikTiadaJarak yang diukur mengikut garis serenjang kepada garis atau satah tertentu. Antara jarak-jarak dari titik T ke titik-titik pada garis g, jarak serenjang merupakan jarak terpendek dan diambil sebagai jarak dari titik T ke garis g.
distance-based phylogenetic methodkaedah filogenetik berasaskan jarakBioinformatikBioinformatik MolekulTeknik berasaskan jarak berpasangan bagi menghasilkan jarak matriks. Jarak ini digunakan untuk pentaabiran pepohon genetik. Contoh kaedah ini ialah penyambungan bersebelahan. Lihat juga penyambungan bersebelahan.
skip distancejarak langkauTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJarak yang diukur pada permukaan imbasan antara indeks alur pada prob bersudut dan titik paksi alur bertembung dengan permukaan imbasan selepas satu pantulan pada permukaan yang bertentangan. Jarak langkau ini mempunyai dua keadaan, iaitu jarak langkau separuh dan jarak langkau penuh. Lihat juga jarak langkau separuh, jarak langkau penuh.
coherence lengthjarak koherensFizikNanoteknologiJarak berkesan sebarang gangguan setempat yang dapat tersebar dalam bahan superkonduktor. Jarak ini merupakan dimensi untuk pasangan elektron yang dikenali sebagai pasangan Cooper. Jarak ini adalah dalam julat 2 nm - 10(2) nm.
near field distancejarak medan dekatTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJarak yang hampir di hadapan prob yang menyebabkan keamatan gelombang ultrasonik berubah-ubah. Jarak medan dekat ini dikenali juga sebagai medan Fresnel atau zon Fresnel. Jarak ini boleh dikira dengan formula seperti yang berikut: N = D^2/4 λ, Dengan D ialah garis pusat prob dan λ ialah jarak gelombang. Lihat juga sudut serak alur.
safe working distancejarak bekerja selamatTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJarak selamat daripada punca sinaran untuk operator radiografi industri bekerja. Jarak tersebut ditentukan oleh dos selamat yang terdapat pada Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas (2010) di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.
distance teachingpengajaran jarak jauhTeknologi Maklumate-PembelajaranSistem pengajaran secara jarak jauh yang pelajar dan pengajar tidak semestinya sentiasa bersemuka secara fizikal. Lihat juga pembelajaran jarak jauh.
source to film distancejarak sumber ke filemTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJarak antara titik fokus sumber sinaran dengan filem. Jarak ini penting dan merupakan salah satu faktor untuk menghasilkan radiograf yang berkualiti.
distance educationpendidikan jarak jauhTeknologi Maklumate-PembelajaranSistem pembelajaran dan pengajaran secara jarak jauh yang pelajar dan pengajar tidak semestinya sentiasa bersemuka secara fizikal. Lihat juga pembelajaran jarak jauh.
hierarchical clusteringpengelompokan tatatingkatBioinformatikBioinformatik MolekulProses menyusun jujukan molekul untuk menghasilkan satu perwakilan dalam bentuk tatatingkat berdasarkan persamaan jarak matriks antara jujukan molekul hasil daripada penjajaran berpasangan. Pengelompokan ini akan membentuk pepohon filogenetik. Lihat juga kaedah filogenetik berasaskan jarak, jarak gen.
12345678910...

Kembali ke atas