Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.rang] | جارڠ

Definisi : 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : ; ikan gigi ~ sj ikan laut, Otolithus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : Mn; menjarang memasak air; ® jerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : 1 tidak kerap atau tidak rapat; bersela; renggang: gigi ~; kain ~. 2 tidak lebat atau tidak padat: Rambutnya ~. 3 = jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. menjarangkan membuat supaya jarang atau renggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deficiency genegen kekuranganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGangguan pada gen yang disebabkan oleh mutasi. Lazimnya, mutasi seperti ini jarang-jarang berlaku. Sebagai contoh, gen berkaitan dengan penyatuan kekurangan hormon pituitari menghasilkan arahan bagi membentuk protein faktor transkripsi.
high wavegelombang tinggiSains MarinTiadaGelombang laut yang tingginya berukuran di antara 6-9 m dan dianggap berbahaya kerana jarang-jarang muncul. Gelombang ini sukar dijangka kerana datang secara tiba-tiba tanpa amaran terlebih dahulu dan impaknya sangat luar biasa.
zombie learnerpelajar zombiTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang pasif, iaitu kurang berinteraksi, kurang berminat dan tidak cakna dalam sesi pembelajarannya, serta jarang-jarang meneroka alat pembelajaran.
autotetraploidyautotetraploidiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan atau organisma yang mempunyai empat salinan bagi setiap genom dalam komposisi kromosomnya. Autotetraploidi terjadi hasil penggandaan komposisi kromosom pada peringkat leluhur dan jarang-jarang berlaku pada haiwan vertebrat. Autotetraploidi boleh berlaku secara semula jadi melalui penduaan pada suatu masa dalam kitaran hidupnya, atau secara buatan melalui aplikasi haba, sejuk atau kimia kolkisin. Dengan wujudnya set tambahan kromosom, autotetraploid boleh (tetapi tidak semestinya) menjalani meiosis secara normal.
herbal pillspil herbaHerbaTiadaSediaan dos oral pepejal herba berbentuk sfera. Pil dibuat daripada satu atau lebih bahan herba dan eksipien seperti madu, lilin dan tepung ubi. Pada masa kini pil jarang-jarang digunakan lagi kerana telah digantikan dengan sediaan tablet.
octosyllabicastasukuKesusasteraanPuisiPuisi yang setiap baris terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai lapan suku kata. Walau bagaimanapun pembinaan suku kata demikian pada setiap baris dalam sesuatu rangkap atau rangkap sesebuah puisi itu adalah jarang-jarang digunakan. Contohnya, petikan puisi "Bersama Ombak" dalam kumpulan Pengantin Laut, karya J.M. Aziz. Di/ ba/wah te/ma/sya sen/ja 1 2 3 4 5 6 7 8
backshorepesisir belakangSains MarinTiadaBahagian bawah pesisir yang diliputi percikan air semasa ribut kencang. Pesisir belakang pantai merangkumi buih air pasang tinggi yang terdapat di pantai kesan daripada hentaman ombak sewaktu air pasang atau ribut kuat yang jarang-jarang berlaku di kawasan tersebut.
double trisomytrisomi gandaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeabnormalan pada kromosom. Lazimnya, kromosom tertentu wujud dalam keadaan yang sama. Trisomi ialah keabnormalan yang menunjukkan tiga salinan kromosom dan bukan hanya sepasang. Trisomi ganda ialah keabnormalan apabila individu tersebut mempunyai dua kromosom tertentu yang mengalami trisomi. Trisomi ganda jarang-jarang berlaku pada haiwan.
rare diseasepenyakit jarang jumpaKesihatan AwamTiadaPenyakit yang jarang berlaku yang boleh mengancam nyawa atau menyebabkan ketidakupayaan kronik.
monologueekacakapKesusasteraanPuisiPertuturan yang dilakukan oleh seorang watak sama ada ia ditujukan kepada dirinya sendiri mahupun kepada pembaca. Sebenarnya dalam puisi, penggunaan unsur monolog jarang ditemui kerana dalam puisi penyair jarang memunculkan watak. Walau bagaimanapun sesebuah puisi yang telah diciptakan itu ialah hasil daripada monolog penyair setelah berhadapan dengan sesuatu peristiwa. Contohnya, dalam puisi "Pengantin Laut" dan "Aku Nelayan" karya J.M. Aziz. Sinonim monolog.
123

Kembali ke atas