osteopetrosis | osteopetrosis | Perubatan | Tiada | Penyakit keturunan yang jarang-jarang berlaku, yang ditandai dengan tulang yang amat padat yang mungkin diakibatkan kecacatan resorpsi zat tulang. Penyakit ini terjadi dalam dua bentuk, iaitu bentuk resesif autosom yang teruk, yang muncul pada peringkat kanak-kanak, dan bentuk dominan autosom (benigna) yang muncul pada peringkat remaja atau semasa dewasa. Bentuk resesif mungkin mengakibatkan penutupan rongga sumsum yang seterusnya mengakibatkan anemia, dan penyempitan foramen saraf pada tengkorak yang menghimpit saraf-saraf kranium, yang selanjutnya boleh menyebabkan pekak dan buta. Fraktur sering terjadi pada kedua-dua bentuk penyakit tersebut. |
cystic fibrosis | fibrosis sista | Sosiologi | Tiada | Penyakit yang jarang-jarang berlaku pada manusia, melibatkan pelbagai kelenjar perembes mukus, terutamanya dalam pankreas dan peparu, menjadi bergentian, menghasilkan mukus tebal yang abnormal, menyebabkan penyekatan usus dan pneumonia yang boleh membawa maut. |
Wilson�s disease | penyakit Wilson | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit keturunan yang progresif, yang jarang-jarang berlaku. Penyakit ini disebabkan oleh gangguan metabolisme kuprum. Antara gejala penyakit ini ialah terdapatnya pigmen di pinggir kornea mata, sirosis hati, splenomegali dan perubahan degeneratif pada otak, terutamanya ganglion asas. |
aerobacter | Aerobacter | Perubatan | Tiada | Genus pada famili Enterobacteriaceae, misalnya Aerobacter aerogenes. Istilah ini kini jarang-jarang dipakai. |
parkland | taman | Geografi | Tiada | Sebuah kawasan riadah yang dilitupi oleh tumbuhan rumput dan pokok yang jarang-jarang. |
acatalasia | akatalasia | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit yang berlaku akibat ketiadaan enzim katalase sejak lahir. Penyakit yang jarang-jarang berlaku ini disebabkan ketaknormalan gen Mendel homozigot, dan kebanyakannya dialami oleh orang Jepun; cuma separuh daripada pesakit mengalami gejala infeksi gusi dan mulut secara berulang-ulang. Penyakit ini dikenali pada asalnya sebagai demam akatalasemia. |
electrical storm | ribut elektrik | Sains | Hidrometeorologi | 1. Ribut petir. 2. Keadaan medan elektrik atmosfera yang terganggu dan jarang-jarang terjadi di bahagian bawah atmosfera apabila angin kencang bertiup, dengan banyak debu terdapat dalam udara, tetapi tidak melibatkan aktiviti ribut petir. 3. Sama dengan ribut arus bumi. |
electrical storm | ribut elektrik | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Ribut petir. 2. Keadaan medan elektrik atmosfera yang terganggu, yang jarang-jarang terjadi di bahagian bawah atmosfera apabila angin bertiup kencang, dan berdebu, tetapi tanpa ribut petir. |
homogeneous crystallization | penghabluran homogen | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penghabluran pembentukan zarah baru yang tidak dipengaruhi oleh benda asing. Penghabluran ini jarang-jarang berlaku kerana cairan induk berada dalam keseimbangan metastabil yang tidak diingini akibat hablur yang terbentuk tidak stabil dan memakan masa untuk terbentuk. |
poor Steppe | hutan jarang Steppe | Geografi | Tiada | Kawasan tanah rumput Steppe yang rumputnya tumbuh jarang-jarang dan tidak subur. |