Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ring] | جاريڠ

Definisi : benang dll yg disirat utk sesuatu tujuan (spt menangkap ikan, burung, dsb, juga di­gunakan dlm permainan dll); menahan (me­rentang) ~ memasang jaring; jaring-jaring jala-jala; ~ bahu Id bahagian dada di bawah bahu; menjaring menangkap (ikan dll) dgn jaring: dia ~ ikan di sungai itu; ~ angin prb me­lakukan pekerjaan yg sia-sia; menjaringkan memasukkan sesuatu ke dlm jaring: dia telah dapat ~ empat gol; terjaring termasuk (dlm) jaring, termasuk perangkap, tertangkap; jaringan 1. sesuatu yg menyerupai jaring, jala-jala; 2. Id bahagian-bahagian hidupan yg terdiri drpd sel-sel yg serupa (tela); ilmu ~ tubuh ilmu bkn jaringan; 3. bilangan gol yg telah masuk (dlm) jaring; penjaringan perbuatan menjaringkan; penjaring orang yg menjaringkan sesuatu (bola dsb): ~ terbanyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ring] | جاريڠ

Definisi : akronim bagi Joint Advanced Research Integrated Networking (iaitu sistem perangkaian komputer yg dikendalikan oleh MIMOS). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ring] | جاريڠ

Definisi : benang dll yg disirat utk sesuatu tujuan (spt utk menangkap ikan, digunakan dlm beberapa jenis permainan dll). menjaring menangkap (ikan dll) dgn jaring: Ayah sedang ~ ikan. menjaringkan memasukkan ke dlm jaring: ~ bola memasukkan bola ke dlm jaring (gol). terjaring masuk ke dlm perangkap atau masuk ke dlm jaring; terperangkap. jaringan (bilangan) gol (yg telah masuk ke dlm jaring): Pasukan A mengalahkan pasukan B dgn lima ~ tanpa balas. penjaringan perbuatan (hal dsb) menjaring atau menjaringkan. penjaring orang yg menjaring atau menjaringkan (bola dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jaring

Peribahasa

Laksana jauk penjauk yang kerap.

Bermaksud :

Terlalu kikir. jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plankton netjaring planktonPerikananAkuakulturAlat yang digunakan untuk memungut plankton. Penggunaan jaring plankton dapat membantu menapis sampel plankton yang sedikit di dalam isi padu air yang banyak. Jaring plankton mempunyai saiz tertentu seperti 100, 150 dan 200 mikron bergantung pada jenis plankton yang hendak diambil. Jaring ini kebiasaannya direka bentuk seperti kon dengan panjang antara 50 – 60 cm, berdiameter 30 – 50 cm dan diikat pada tali sepanjang 2 m. Saiz jaring plankton dan saiz mata pukat boleh berbeza bergantung kepada keperluannya. Semakin besar luas permukaan jaring, semakin efektif jaring tersebut menapis plankton. Saiz mata skrin yang terlalu halus akan menyebabkan jaring mudah tersumbat dan mengurangkan keberkesanannya untuk memerangkap plankton. Penggunaan jaring plankton dengan saiz yang berbeza adalah lebih berkesan dalam pengasingan saiz plankton untuk kegunaan pusat penetasan.
hapa netjaring hapaPerikananAkuakulturJaring yang digunakan sebagai struktur kepungan untuk benih ikan dan kebiasaannya diletakkan di dalam kolam tanah.
roundnetgelung jaringSukanTiadaPermainan antara dua (2) pasukan, masing-masing terdiri daripada dua (2) orang pemain yang bergilir-gilir memukul bola ke jaring kecil seperti trampolin untuk mendapatkan mata.
batting cagekurungan pukulSukanTiadaKawasan khas yang bertutup dengan jaring untuk pemain besbol atau sofbol berlatih kemahiran memukul.
foulingkotoranPerikananAkuakulturHidupan atau bahan bukan hidup yang melekat pada permukaan jaring, pelampung dan tali sauh sangkar. Kotoran boleh mengganggu operasi ternakan.
bamboo zephyr strandserat zefir buluhBuluhTiadaHelaian gentian buluh yang berstruktur seperti jaring, berdiameter 1 mm atau kurang dan panjangnya kurang daripada 10 cm.
graderpenggredPerikananAkuakulturAlat yang digunakan untuk mengelaskan ikan mengikut saiz tertentu. Alat ini berbentuk seperti jaring yang berlubang dan diperbuat daripada plastik, besi, aluminium atau netlon. Ikan yang tidak dapat melepasi lubang akan dipisahkan daripada ikan yang dapat melepasi lubang.
bamboo zephyr boardpapan zefir buluhBuluhTiadaPapan yang dihasilkan daripada helaian gentian buluh yang berstruktur seperti jaring, yang direkatkan dan disusun secara berlapis sebelum dikenakan tekanan tinggi.
pickleballbola pikelSukanTiadaPermainan bola plastik di gelanggang rata, dimainkan oleh dua (2) pasangan pemain. Bola tersebut dipukul di atas jaring rendah dengan menggunakan pemukul pendek.
lacrossebola saukSukanTiadaPermainan bola di atas padang oleh dua (2) pasukan, masing-masing terdiri daripada 10 orang pemain. Pemain perlu menggunakan kayu dengan jaring yang melengkung untuk menangkap, membawa dan menjaringkan bola ke gawang lawan.
12

Kembali ke atas