Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keluli halus yg tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang (tempat me­masukkan benang) utk menjahit dll; seni ~ kepandaian mempergunakan jarum dan benang (utk menjahit dll); 2. benda tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pd jam): doktor itu menyuntik dgn ~ kasar; ~ jam menunjukkan pukul tujuh; 3. ki tipu muslihat yg halus: Presiden Nasser pula me­mainkan ~nya mengenai pengiriman sen­jata-senjata oleh Jerman Barat kpd Israel; ~ biku jarum peniti; ~ guni (karung) jarum kasar utk menjahit guni (karung); ~ jahit jarum utk menjahit; ~ kait jarum yg berkait (utk membuat renda dll); ~ layar jarum besar utk menjahit layar; ~ panjang jarum yg menunjukkan minit; ~ pendek jarum yg menunjukkan jam; ~ peniti = ~ penyemat jarum utk menyemat baju dll; ~ tisik jarum utk menisik; jarum-jarum jarum penunjuk pd alat tim­bang; berjarum 1. ada memakai jarum; 2. Id sedang disuntik; menjarum 1. mencucuk (membuat lubang, menyemat) dgn jarum; 2. Id menyuntik; 3. sesuatu yg menyerupai jarum (spt rumput, padi, rambut); menjarumi ki meresap masuk ke dlm, menusuk: yg dapat saya lakukan hanyalah merenung surat-surat yg tidak sempurna itu dan cuba mengusir kesedihan yg mulai ~ perasaan; terjarum 1. tersemat, tercucuk; 2. tertipu (dgn cara halus); jaruman 1. jahitan; 2. tipu daya yg sangat halus; 3. = penjaruman barua, muncikari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jarum I

Puisi
 

Jarum panjang kerat nangka,
     Betik masak tepi penanggah;
Jangan tuan syak wasangka,
     Keris pendek seorang sebilah.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Ada jarum hendaklah ada benangnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
needle valveinjap jarumKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti dalam karburetor berbentuk jarum yang mengawal laluan bahan api ke dalam mangkuk apung. Injap ini terbuka atau tertutup mengikut aras pelampung. Tindakan ini mengawal aras bahan api dalam mangkuk apung supaya tetap pada aras tertentu untuk mengelakkan bekalan bahan api daripada berlebihan atau melimpah dari mangkuk apung.
low dead-volume syringepicagari sifar larutanPerubatanTiadaSejenis picagari sifar pembaziran apabila jarum suntikan yang mempunyai saiz hab (penghubung antara picagari dan jarum) minimum dapat mengeluarkan kesemua larutan vaksin daripada picagari dan masuk ke dalam badan manusia sepenuhnya. Picagari ini dapat memaksimumkan jumlah dos yang boleh dihasilkan daripada sebotol vial (bebuli) vaksin sekali gus dapat mengelakkan pembaziran vaksin berbanding picagari biasa berikutan tiada jumlah larutan yang akan tertinggal di dalam picagari dan jarum selepas suntikan.
needle bearinggalas jarumKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGalas antigeseran yang menggunakan pengguling berdiameter sangat kecil yang disusun secara jejari mengelilingi aci galas.
pinhole disccakera lubang jarumSains KesihatanTiadaRadas berupa cakera dengan lubang pin berdiameter 2 mm atau kurang di tengah-tengahnya, yang digunakan untuk mendiagnos ametropia.
guide pincemat panduanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJarum untuk memandu kerja mengimpal pada panel rangka kereta.
Brussels lacerenda BrusselsKesenianHiasan DalamanRenda tuntung jarum atau renda biku yang biasanya bercorak flora dan dilingkari tali pintal yang ditampal hias pada fabrik net halus.
xanthonexantonHerbaTiadaFormula CO(C6H4)2O. Kristal atau hablur jarum yang terdapat dalam beberapa pigmen tumbuhan yang digunakan sebagai larvisid, bahan wangian dan farmaseutikal.
rod pengukurrod pengukurKejuruteraan AutomotifEnjinAlat dalam karburetor yang berbentuk jarum atau rod berlangkah kecil yang digunakan untuk membuka dan menutup lubang jet rod pengukur dan seterusnya mengawal aliran bahan api. Tindakan buka-tutup ini dipengaruhi oleh bukaan injap pendikit, beban enjin atau gabungan kedua-duanya.
indicatorpenunjukKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti yang menggunakan lampu, tolok atau jarum penunjuk untuk memberi maklumat.
tinglingsemut-semutan/ kebasKejururawatanTiadaRasa seperti digigit dan dicucuk-cucuk dengan jarum.
12

Kembali ke atas