raga | raga | Muzik | Tiada | Mod melodi muzik klasik India. Konsep raga merangkumi motif melodi, pic tertentu, omamentasi pic, bilangan not dan jeda. Jeda di antara satu not dengan not yang lain kadangkala berbeza bagi skel menaik dan skel menurun. Raga terdiri daripada motif melodi yang dikenali sebagai pakad dan omamentasi pada pic tertentu. Setiap raga berkaitan dengan masa, musim, jantina, emosi atau perasaan. Pusat pic dalam sesuatu raga dikenali sebagai vadi, sementara not kedua penting dikenali sebagai samvadi. Silibal solfege untuk setiap pic disebut sa re ga ma pa dha ni. Sinonim rag. |
interval vector | vektorjeda | Muzik | Tiada | Inventori atau stok kesemua jeda yang disenaraikan dalam carta klasifikasi jeda yang terkandung dalam sesuatu set klasifikasi pic. Vektor jeda terdiri daripada enam digit yang di-tulis dalam kurungan seperti [ ], () atau < >. Digit pertama dalam kurungan tersebut mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 1, digit kedua mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 2, digit ketiga mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 3, digit keempat mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 4, digit kelima mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 5 dan digit keenam mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 6.
| lunar interval | jeda qamari/sela qamari | Matematik | Tiada | Perbezaan waktu di antara transit bulan di meridian Greenwich dengan meridian tempatan, yang sama dengan perbezaan di antara jeda Greenwich dengan jeda pasang-surut tempatan atau fasa arus. |
Greenwich interval | jeda Greenwich/sela Greenwich | Matematik | Tiada | Jeda yang berdasarkan transit bulan di meridian Greenwich, dan berbeza dengan jeda tempatan yang berdasarkan transit bulan pada meridian samawi tempatan. |
compound interval | jeda majmuk | Kesenian | Tiada | Jeda yang melebihi satu oktaf. |
interval | selang; sela; jeda; jarak | Kesenian | Tiada | 1. Jeda: Istilah untuk menyatakan perbezaan pic antara dua not. |
diminished | diminished | Kesenian | Tiada | Kedudukan jeda di antara dua nada yang lebih kecil daripada jeda minor. |
interval class | klasifikasi jeda | Muzik | Tiada | Jarak jeda antara dua klasifikasi pic yang diatur dalam susunan terdekat. Contohnya, pic yang berjarak major ke-7 menjadi minor ke-2. Oleh sebab minor ke-2 mempunyai jarak satu semiton, maka pengelasan jedanya ialah 1. |
return period | tempoh ulangan; kala kembali | Kejuruteraan | Tiada | Jeda masa purata atau bilangan tahun apabila sesuatu peristiwa akan disamai atau dilebihi, misalnya luahan puncak banjir. Sinonim: jeda ulangan. |
ignition lag | kelengahan pencucuhan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Jeda masa antara pembekalan bunga api atau pancitan bahan api dengan pembakaran campuran udara-bahan api dalam silinder enjin pembakaran dalam. Jeda masa ini meningkat ketika enjin masih sejuk dan ketika enjin berbeban rendah kerana haba tersedia dalam kebuk pembakaran tidak mencukupi untuk pembakaran. Selain itu, sifat dan kualiti pengatoman bahan api juga memberi kesan kepada fenomena ini. Kelengahan ini menyebabkan bunyi ketukan diesel atau keletak. |