flashback | imbas kembali | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res. |
militarism | fahaman ketenteraan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik. |