Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jelasnya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
planar/ plane motiongerakan satahMekanikGunaanGerakan yang melibatkan setiap zarah pada jasad bergerak pada laluan yang mempunyai jarak yang tetap apabila diukur dari suatu satah tetap. Jelasnya, laluan bagi setiap zarah berada pada satah yang selari dengan satah tetap tersebut. Gerakan satah dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu alihan, putaran di sekitar paksi tetap dan gerakan satah umum. Sebahagian besar gerakan jentera dan struktur kejuruteraan merupakan gerakan satah. gerakan ini kadangkala dinamai gerakan satah selari.
dichotomy of politics and administrationdikotomi politik-pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Satu pembahagian yang menjelaskan bidang kuasa di antara pentadbiran dengan politik. Pentadbiran lebih kepada pengurusan hendaklah berasingan dengan politik yang berkait rapat dengan pembuatan dasar atau polisi. Politik pada asasnya merupakan kegiatan yang berkaitan dengan parti politik, kuasa politik dan bagaimana menggunakan kuasa itu. Pentadbiran pula merupakan perjalanan kerajaan sehari-hari dan berkaitan dengan keamanan supaya negara tidak huru-hara. Jelasnya bahawa pentadbiran memelihara keadaan semasa dan tidak ada kaitan secara langsung dengan parti. Politik berkait rapat dengan pembuatan dasar manakala pentadbiran adalah berkaitan dengan segala pelaksanaan dasar atau polisi serta mengenakan batasan-batasan tertentu terhadap setiap pelaksanaan tersebut. Pengasingan politik daripada pentadbiran mempunyai dua andaian dasar iaitu, (i) Politik boleh dipisahkan daripada pentadbiran, dan (ii) Pentadbiran boleh dikembangkan menurut garis-garis saintifik.


Kembali ke atas