jelutung | jelutung | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Dyera spp. daripada famili Apocynaceae. Spesies utamanya yang menghasilkan kayu termasuk Dyera costulata dan D. polyphylla. Gubal kayu jelutung sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna putih kekuningan dan warna jerami. Kayu ini mempunyai sel parenkima yang masih aktif di kawasan empulur, dan mempercayai tidak mempunyai teras kayu yang sebenar. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 495 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jelutung mudah diawet, mempunyai sifat pengeringan yang baik, tetapi terdedah kepada serangan kulat pewarna dan kumbang bubuk. Kayu ini digunakan terutamanya untuk ukiran, bangkai gambar, papan lukisan, alat permainan, dan pensel kayu. |
latex traces | alur lateks | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Saluran halus yang terdapat pada beberapa jenis kayu, seperti pulai daripada genus Alstonia, dan jelutung daripada genus Dyera, yang kelihatan apabila kayu tersebut dikeringkan. Saluran ini terdapat pada arah jejari batang kayu dan kelihatan lebih nyata dengan kehadiran tiub lateks yang bermula dari daun atau tunas ranting dalam kayu. |
blue stain | cacat warna biru | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Cacat pewarna gubal oleh kulat pewarna biru, yang menyerang bahagian gubal kayu yang cerah, seperti gubal kayu jelutung, pulai , dan kayu getah. Cacat ini menurunkan mutu kayu tetapi tidak mengurangkan kekuatannya. |
laticifer | latisifer | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Sel yang mengandungi lateks yang terdiri daripada satu sel atau satu siri sel berbentuk tiub. Latisifer banyak terdapat dalam kulit kayu getah, Hevea brasiliensis dan jelutung, Dyera costulata. |
sapwood | gubal kayu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian luar kayu yang mengandungi sel hidup dan bahan simpanan seperti kanji. Biasanya gubal kayu berwarna lebih muda dibandingkan dengan warna teras kayu, kecuali beberapa jenis kayu seperti kayu jelutung dan ramin, yang warna gubal kayu dan teras kayunya serupa. Gubal kayu mempunyai ketahanan yang lebih rendah daripada teras kayu tetapi lebih mudah diawet. |
mold | kulapuk | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kulat yang tumbuh di permukaan kayu dan hasil kayu, dan tidak menyebabkan pewarnaan yang dalam. Kulapuk biasanya berwarna hijau tua atau hitam, dan kadang kala berwarna kuning. Kulapuk sering menyerang kayu yang berwarna keputihan, seperti jelutung dan kayu getah dan biasanya boleh dibuang dengan cara mengetam permukaannya. |
dip | pencelupan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses merendam kayu gergaji basah dalam tempoh yang singkat ke dalam larutan pengawet seperti boron-flourin-krom arsenik atau natrium pentaklorofenat. Rawatan ini berkesan untuk mengawal kulat pewarna gubal pada kayu yang rentan seperti kayu jelutung atau kayu getah. |
hardwoods | kayu keras | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon yang menghasilkan kayu. Istilah ini merupakan pengelasan, dan tidak ada kaitan dengan nilai kekerasan sebenar sesuatu kayu. Kayu keras biasanya mempunyai struktur anatomi yang lebih kompleks daripada kayu lembut, dan mengandungi vesel atau liang, gentian dan parenkima. Contoh kayu keras ialah ok, cengal, dan jelutung. Di negara yang kayu lembutnya tidak mempunyai nilai dagangan yang penting, seperti Malaysia, istilah ini tidak mempunyai kaitan dengan makna asalnya. Misalnya kayu keras yang ringan dan lembut seperti jelutung dirujuk sebagai kayu lembut, walaupun sebenarnya kayu ini termasuk dalam kumpalan tumbuhan Angiospermae. Mengikut Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, kayu-kayu Malaysia dikelaskan kepada kayu kerat berat, kayu keras sederhana, kayu keras ringan dan kayu lembut. |
shook | papan kotak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Papan bersaiz kecil dan pendek yang kurang daripada 1 m, atau papan hirisan yang digunakan untuk membuat kotak kayu atau bekar. Kayu yang digunakan untuk membuat papan kotak biasanya ringan dan mudah diproses seperti kayu pulai, kayu getah, dan jelutung, dan yang digunakan untuk membuat bekar kayu biasanya ialah spesies kayu yang tidak beracun. |
rate of feed | kadar penghuluran | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kelajuan pergerakan potongan kayu atau balak melalui mesin atau gergaji semasa proses pemotongan. Nilai ini biasanya dinyatakan dalam meter per minit atau kaki per minit. Kadar ini dipengaruhi oleh ketumpatan kayu berkenaan. Misalnya, kayu cengal yang lebih tumpat memerlukan kadar penghuluran yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan kayu jelutung. |