brand name | jenama | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Nama tertentu atau khusus yang diberikan kepada sesuatu produk herba yang dijual di pasaran untuk membezakannya dengan keluaran organisasi lain. Pengilang perlu mendaftarkan jenama sesuatu produk dengan MyIPO agar tidak digunakan oleh pengilang lain. |
brand | jenama; selar | Ekonomi | Tiada | Tiada |
brand strategist | ahli strategi penjenamaan/ahli strategi jenama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
retail merchandising | perdagangan runcit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Aktiviti penjualan barang dagangan dengan cara peruncit, jenama atau syarikat produk lain menjadikan barang dagangan mereka tersedia di kedai. Perdagangan runcit merangkumi pelaksanaan dan strategi yang meliputi pemilihan produk, penempatan produk, reka bentuk paparan, dan teknik lain. Tujuan perdagangan runcit adalah untuk menggalakkan pelanggan membuat pembelian barangan secara terus dari kedai. |
frequent lodger | penginap kerap | Pelancongan | Tiada | Tetamu yang sering menginap di bawah satu kumpulan jenama hotel. |
CrossFit | CrossFit | Sukan | Tiada | 1. Sejenis latihan berjeda keamatan tinggi yang menggabungkan banyak senaman kecergasan. 2. Nama jenama bagi suatu program senaman kecergasan bagi prestasi kesihatan yang lebih baik. |
buzz marketing | pemasaran heboh | Perniagaan | Tiada | Strategi pemasaran yang berkesan dan cepat untuk memastikan sesuatu produk atau jenama tular dan menjadi tumpuan dengan memanfaatkan kuasa cakap mulut. |
cloud kitchen | dapur awan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempat atau kemudahan penyediaan makanan secara komersial dan berpusat dengan pelbagai jenama makanan untuk memenuhi pesanan makanan bagi perkhidmatan penghantaran sahaja melalui aplikasi seperti GrabFood, Foodpanda, Bungkusit dan sebagainya tanpa memerlukan ruang makan fizikal atau kaunter bawa pulang. |
ghost kitchen | dapur siluman | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempat atau kemudahan penyediaan makanan secara komersial dan berpusat dengan pelbagai jenama makanan untuk memenuhi pesanan makanan bagi perkhidmatan penghantaran sahaja melalui aplikasi seperti GrabFood, Foodpanda, Bungkusit dan sebagainya tanpa memerlukan ruang makan fizikal atau kaunter bawa pulang. |
social listening | pengamatan sosial | Pentadbiran | Tiada | Proses mengenal pasti dan menilai maklumat/data yang berkaitan dengan syarikat, individu, produk atau jenama di Internet. |