fanlight | jendela cahaya | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bukaan separuh bulatan atau separuh bujur (seperti kipas) yang terdapat di atas pintu atau tingkap. Jendela cahaya biasanya terdapat pada rumah kediaman era Georgian dan Regency. |
window of opportunity | jendela peluang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kesempatan atau ruang yang diperoleh secara tiba-tiba oleh seseorang untuk meningkatkan kedudukan atau mendapatkan keuntungan bagi dirinya. Peluang ini mengubah kedudukan seseorang daripada rakyat biasa menjadi seorang pemimpin yang dihormati. Contohnya, seseorang yang dilantik sebagai menteri atau perdana menteri akan memberi jendela peluang kepada ahli keluarganya untuk merebut sebanyak mungkin peluang perniagaan atau politik yang penting. |
absorption window | jendela serapan | Sains Kesihatan | Tiada | Serapan dadah yang hanya berlaku di tapak yang tertentu sahaja di gastrousus. |
therapeutic window | jendela terapeutik | Sains Kesihatan | Tiada | Julat keselamatan dan keberkesanan ubat dalam badan. |
fenestration | seni peningkapan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kaedah yang digunakan untuk mengisi bukaan pada permukaan bangunan, seperti tingkap, pintu, jendela langit atau dinding tirai. Seni peningkapan direka bentuk untuk membenarkan cahaya, udara atau menjadi laluan bagi kenderaan dan manusia. |