Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menonggeng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; kala ~ sj kala kecil (yg men­jengkitkan ekornya sewaktu hendak me­nyengat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; kala ~ sj kala kecil yg melentikkan ekornya sewaktu hendak menyengat, Centruroides gracilis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jengking


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelarai jengking(Br.)kelarai jengking(Br.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk ekor jengking atau kala, lazimnya terdapat pada seraung.
ScorpionjengkingFizikTiadaTiada
water scorpionjengking airPerikananTiadaTiada
sign of Scorpiotanda Scorpio/tanda AkrabMatematikTiadaLambang kaki dan sengat kala jengking untuk bintang Scorpio.
arachnid poisoningkeracunan araknidaKimiaForensikKeracunan disebabkan gigitan araknida, misalnya labah-labah "black widow", labah-Iabah "brown reduse" dan kala jengking beracun. Misalnya, bisa labah-labah "black widow" adalah lebih toksik berbanding dengan bisa ular, tetapi disebabkan ia tersuntik dalam jumlah yang sangat sedikit, gigitan hanya berbahaya bagi kanak-kanak dengan berat badan kurang daripada 15 kg. Bisanya menyebabkan pelbagai kesan nellrologi. Gejala utama ialah spasma otot dengan serta-merta, sakit sedikit, dan bengkak pada kesan gigitan, yang dengan cepat menular kepada sakit dada, abdomen, dan sendi dan seterusnya loya, peliuran, dan berpeluh. Pernafasan kemudiannya menjadi sukar, serta sakit otot dan kekejangan merebak ke seluruh badan. Abdomen, dada, atau otot belakang menjadi keras, dan pesakit menjadi tersangat resah.
zootoxinzootoksinFarmasiFarmakologiBahan toksik (toksin) atau beracun yang berasal daripada haiwan. Contohnya, racun ular, racun labah-labah dan racun kala jengking.
telsontelsonBiologiHistologi dan Sitologi1 Segmen abdomen terminal tak berpasangan pada krustasea dan udang ketak (Limulus). 2 Spina kauda atau sengat yang bengkok pada kala jengking. 3 Segmen ke-12 pada abdomen Protura dan embrio sesetengah serangga.
anaphylactic shockrenjatan anafilaksisJururawatKejururawatan Klinikal

 Reaksi alergi teruk yang dicirikan dengan penurunan tekanan darah, urtikaria dan kesukaran bernafas yang boleh membawa maut. Keadaan ini disebabkan pendedahan kepada benda asing seperti ubat, dan bisa binatang seperti ular dan kala jengking.

pectenpektenBiologiHistologi dan Sitologi1. Struktur yang menyerupai balung. 2. Cuaran pada permukaan retina dalam yang terdapat pada reptila, tetapi pada burung cuaran ini menjulur ke dalam plat segi empat sama yang berlipat. 3. Rabung ramus superior os pubis. 4. Bahagian salur dubur yang terletak di antara sfinkter dalam dengan injap dubur. 5. Bahagian organ gesek pada labah-labah. 6. Apendaj abdomen deria kala jengking. 7. Bahagian sterigmata yang menyerupai balung. 8. Satu daripada jenis skalop.

Kembali ke atas