Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat-sifat yg sama, bangsa: tikus dan arnab termasuk ~ binatang yg mengerip; 2. = ~ kelamin sifat kelamin (laki-laki atau perempuan): per­kataan-perkataan dlm bahasa Inggeris mempunyai perbezaan ~ kelamin; 3. bagai, macam: barang ini agak mahal harganya kerana drpd ~ yg baik; berbagai-bagai ~ = serba ~ bermacam-macam; 4. kasta, go­longan (dlm masyarakat dll): di Minang­kabau terdapat orang yg tiga ~, iaitu malim, hulubalang, dan menteri; berjenis bp elok (barang, perangai); berjenis-jenis bermacam-macam, berbagai-bagai; menjeniskan membahagi-bahagikan (meng­­golong-golongkan) menurut jenis; penjenisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) menjeniskan, pembahagian kpd beberapa jenis: digambarkan dgn rajah pohon yg menunjukkan ~ struktur sintaksis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 golongan benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg sama sifatnya atau bangsanya: Pinang dan kelapa termasuk dlm ~ palma. 2 = ~ kelamin sifat kelamin (sama ada lelaki atau perempuan): Apa ~ anak kamu yg baru itu? 3 bagai; macam; kualiti: pelbagai ~ bermacam-macam. berjenis-jenis bermacam-macam; berbagai-bagai. menjeniskan membahagi-bahagikan menurut golongan atau jenisnya. penjenisan perbuatan atau hal menjeniskan. sejenis semacam; sebangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenis (kata nama)
1. Bersinonim dengan golongan: kumpulan, kelompok, kelas,

2. Rujuk macam 1

Kata Terbitan : berjenis-jenis, menjeniskan, penjenisan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compulsory insuranceinsurans wajibinsuransTiadaJenis-jenis insurans yang diwajibkan di bawah undang-undang seperti Akta Pengangkutan Jalan Raya dan Akta Pampasan Pekerja.
figure of speechbunga bahasaKesusasteraanPuisiPenggunaan bahasa yang menyimpang daripada makna harfiahnya; kesan penggunaannya menimbulkan tanggapan gambaran tertentu dalam fikiran pembaca atau pendengar. Jenis-jenis bunga bahasa antaranya ialah simile, metafora, personifikasi, ironi dan hiperbola. Sinonim majas.
curtainlangsirKesenianHiasan DalamanBahan yang digantung pada tingkap, pintu atau ruang terbuka yang berfungsi sebagai hiasan, peneduh dan penapis. Langsir diperbuat daripada fabrik atau bahan sintetik yang direka dalam pelbagai bentuk, bahan, saiz, warna, corak dan jenis. Antara jenis-jenis langsir ialah langsir Cottage, Priscilla, panjang, Sash, dan Tab. Di Amerika, langsir dikenali sebagai draper, manakala di Britain dikenali sebagai drapery. Langsir di pintu dikenali sebagai portieres.
Blyxa sp.Blyxa sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam yang tidak mempunyai batang. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun yang panjang berbentuk seperti pedang dan tersusun dalam bentuk roset. Jenis-jenis Blyxa sp. termasuklah Blyxa alternifolius, Blyxa aubertii dan Blyxa japonica.
Bacopa sp.Bacopa sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tersebar luas dari kawasan tropika hingga ke kawasan subtropika. Tumbuh-tumbuhan ini merupakan jenis tumbuhan herba yang mempunyai daun-daun kecil di sepanjang pokoknya. Jenis-jenis Bacopa sp. termasuklah Bacopa caroliniana, Bacopa lanigera, Bacopa monniera dan Bacopa myriophylloides.
anubiasanubiasPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan timbul yang tumbuh di celah-celah batu dan tunggul kayu di kawasan air terjun. Anubias yang berasal dari Amerika Selatan ini sering digunakan untuk menghias akuarium. Jenis-jenis anubias termasuklah Anubias afzelii, Anubias barteri var. angustifolia dan Anubias barteri var. barteri.
tonenadaKesusasteraanPuisiTinggi atau rendahnya tekanan suara. Nada digunakan apabila membicarakan sikap penyair terhadap objek yang dijadikan tumpuan perhatiannya. Oleh itu, di dalamnya tergambar suasana hati penyair. Nada terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah melankolik, patriotik, prates, romantik dan sinis. Jenisjenis ini ditentukan oleh sifat suasana hati penyair yang timbul daripada cara penggunaan gaya bahasanya atau pemilihan kata� kata.
Barclaya sp.Barclaya sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan terapung yang melekat pada substrat. Barclaya sp. mempunyai daun berbentuk lanseolat dengan kedudukan seperti roset. Tumbuh-tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan Asia Tropika, Thailand dan Myanmar. Jenis-jenis Barclaya sp. termasuklah Barclaya longifolia, Barclaya motleyi dan Barclaya rotundifolia.
Limnophila sp.Limnophila sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan herba akuatik dalam kategori tumbuhan timbul yang terdapat di kawasan lembap di Asia Tenggara, Afrika Timur dan Australia. Tumbuh-tumbuhan ini boleh hidup tenggelam di dalam air dan daun-daunnya tersusun secara putaran. Jenis-jenis Limnophila sp. ialah Limnophila aquatica, Limnophila aromatica, Limnophila hippuroides dan Limnophila sessiliflora.
relative biological effectivenesskeberkesanan biologi relatifTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikNisbah yang menunjukkan keberkesanan biologi bagi satu jenis sinaran mengion berbanding dengan sinaran yang lain. Nisbah ini mempunyai nilai yang berbeza- beza dan bergantung pada jenis zarah, jenis sinaran, tenaga yang terlibat dan kesan biologi.
12345678910...

Kembali ke atas