Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan yu yg besar serta ganas, Carcharhinus dussumieri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jerung I

Puisi
 

Tanam timun dalam jerelung,
     Sagu ladang makan dek kuda;
Segala semut sejenak jerung,
     Tidak padan dengan kita.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
euphasideufasidSains MarinTiadaKumpulan krustasia yang bersaiz kecil dan dikenali sebagai kril. Eufasid merupakan komponen penting dalam ekosistem marin kerana bertindak sebagai penghubung antara penghasil primer dan organisma pada aras trofik lebih tinggi. Eufasid menjadi makanan kepada berbagai-bagai lapisan organisma pengguna seperti ikan, udang, sotong, burung, malahan haiwan yang paling besar seperti jerung dan paus.
planktivorousplanktivorusSains MarinTiadaOrganisma yang memakan plankton sama ada fitoplankton atau zooplankton. Planktivorus memperoleh makanan daripada pelbagai cara, sama ada yang memakan plankton secara selektif atau secara rambang. Contohnya, spesies ikan karang yang secara selektif mengutip zooplankton dari badan air. Organisma penuras ampaian seperti Bivalvia menapis sejumlah besar air dan menelan plankton secara pukal. Organisma besar seperti pari manta dan jerung paus berenang dengan mulut terbuka untuk menyaring air. Terdapat juga organisma yang mengepam air dan menapis menggunakan lembaran mukus.

Kembali ke atas