Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jika (kata tugas)
Bersinonim dengan kalau, sekiranya, seandainya, kalau-kalau, misal kata, katakanlah, senyampang, takdirnya.,

Puisi
 

Makan buah berdulang-dulang,
     Makanan anak si perantau;
Jika tuah berbalik pulang,
     Jika tidak hilang di rantau.


Lihat selanjutnya...(100)
Peribahasa

Jika diturut hati yang geram,
     hilang takut timbul berani.

Bermaksud :

Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.

 

Lihat selanjutnya...(104)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
huitainhuitainKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lapan baris dalam satu rangkap. Teromba atau sesomba adalah bentuk puisi lama yang menggunakan bentuk huitain ini. Contohnya, Jika cerdik teman berunding Jika bingung disuruh arah Yang buta disuruh menghembus lesung Yang patah disuruh menunggu jemuran Yang pekak disuruh mencucuh meriam Yang berani dibuat kepala lawan Kalau kaya hendakkan emasnya Kalau alim hendakkan doanya.
khabarkhabarKesusasteraanTiadaPembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani.
pure endowmentendowmen tuleninsuransTiadaInsurans hayat yang membayar jumlah yang diinsuranskan jika insured masih hidup pada tarikh matang polisi tetapi tidak dibayar jika ia meninggal dunia di dalam tempoh polisi tersebut.
liquid chromatographykromatografi cecairKimiaKimia AnalisisTeknik kromatografi yang menggunakan cecair sebagai fasa gerak. Jika fasa pegunnya cecair, ia dikenali sebagai kromatografi cecair-cecair dan jika dasa pegunnya pepejal, ia dikenali pula sebagai kromatografi cecair-pepejal.
concurrent insuransinsurans serentakinsuransTiadaDua atau lebih polisi insurans yang memberi perlindungan kepada kepentingan yang sama bagi harta yang sama. Jika terdapat dua atau lebih polisi insurans harta, pihak insurans tidak akan dilindungi dengan sempurna jika polisi-polisi tidak sama.
partnership insuranceinsurans perkongsianinsuransTiadaInsurans hayat atau kesihatan yang dijual kepada rakan perkongsian, biasanya untuk menjamin perniagaan yang berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya. Salah seorang rakan kongsi akan menginsuranskan hayat rakan kongsi yang lain supaya jika berlaku kematian salah seorang rakan kongsi, prosid insurans akan digunakan untuk membeli bahagian perkongsian rakan kongsi tersebut daripada warisnya.
bituminous coalbatuarang bitumenKejuruteraanTiadaBatu arang berwarna hitam dan bergred tinggi serta bernilai komersial sebagai bahan api. Batu arang ini jika dipecahkan, cenderung pecah menjadi ketul-ketul berbentuk segiempat dengan memperlihatkan satah-satah laminasi yang jelas. Jika dihancurkan menjadi serbuk, ia berwarna coklat tua. Batu arang ini terbakar dengan mengeluarkan nyala yang berpendar serta berasap. hasil koknya berkisar dari 50 peratus ke 90 peratus.
speculative riskrisiko spekulatifinsuransTiadaRisiko yang jika berlaku boleh menyebabkan sama ada kerugian atau keuntungan.
installment annuityanuiti ansuraninsuransTiadaAnuiti yang memperuntukkan bahawa jika pemegang anuiti mati sebelum menerima jumlah bayaran yang sama dengan jumlah premium yang telah dibayar, maka pembayaran anuiti akan diteruskan kepada warisnya sehingga insurer telah membayar jumlah amaun bersamaan dengan premium tersebut.
parallel linegaris selariMatematikTiadaDua garis adalah selari jika ia tidak pernah memotong satu sama lain tidak kira berapa jauh ia dpanjangkan.
12345678910...

Kembali ke atas