correlative verse | rangkap rumpun | Kesusasteraan | Puisi | Rangkap asal yang mempunyai kaitan atau hubungan langsung secara timbal balik dengan rangkap berikutnya, terutama dari segi pemikiran. Contohnya, pantun berkait ataupun puisi balada. Sinonim rangkap korelatif. Jikalau hidup tidak sembahyang ibarat rumah tidak bertiang. |
kit'ah | kit'ah | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berkembang dalam kesusasteraan Arab-Parsi. dalam unsur Arab kit'ah bermakna berkerat-kerat, terputus-putus atau berpatah-patah. Lazimnya bentuk kit'ah ini tidak dikongkong oleh sesuatu ikatan sama ada pola, irama mahupun rima. Tema dan persoalan yang diungkapkan dalam baris-baris kit'ah ini berkisar pada nasihat atau panduan hidup masyarakat. Bentuk kit'ah ini dapat dilihat pada contoh yang dipetik daripada buku Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan. Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman. Barangsiapa yang di atas bumi itu lenyap jua. |
qi?�ah | qi?�ah | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional yang berupa gubahan puitis yang mengandungi tidak kurang daripada dua bait serangkap, dan tiada had bagi bilangan baitnya. Ada pandangan mengatakan, satu-satu qit�ah tidak boleh melebihi 12 bait, namun ada yang menyatakan baitnya boleh menjangkau 20 bait, atau melebihi 30 bait. Walau bagaimanapun qit�ah yang afdal dan penulisnya dipandang tinggi jika dia berjaya menukil kurang daripada 12 bait dan matlamat nukilannya tercapai. Antara cabang qit�ah ialah al-qasidah dan al-ghazal. Contoh qit�ah yang dicipta oleh Anvari adalah seperti yang berikut: Hark e sa�y-i bad kunad dar haqq-i khalaq Hamchu sa�y-i khish d binad jaza,; Hamchunin farmudad dar nub,; �Laysa lilk-insni illa ma-sa`�a�. Ertinya: �Sesiapa bertindak buruk kepada Tuhan sekalian makhluk, Dia kan melihat balasan buruk seperti tindakan itu, Bak kata Allah dalam al-Quran, Tiada balasan kecuali apa diusahakan!� Dalam sastera Arab, qit�ah ialah puisi yang terdiri daripada empat hingga enam bait. Dalam sastera Melayu, qit�ah ialah sejenis puisi yang panjangnya tidak menentu dan iramanya tidak teratur, isinya mengandungi pengajaran yang baik dan nasihat yang berguna. Contohnya, qit�ah yang dipetik daripada Taju�s-Salatin oleh Bukhari al-Jawhari: Jikalau kaulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kau dapat bedakan pada antara rakyat dan sultan, Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman, Kullu man �alayha fan, Barang siapa yang di atas bumi itu lenyap jua. Lihat juga al-ghazal, al-qasidah. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |