Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jin.tan] | جينتن

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), Carum carvi; 2. sj biji-bijian yg dibuat rempah (ubat dll); jenis-jenisnya: ~ hitam, ~ manis, ~ putih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jin.tan] | جينتن

Definisi : 1 nama sj pokok, Carum carui. 2 biji-bijian yg dihasilkan oleh pokok jintan utk dibuat rempah: ~ hitam; ~ putih; ~ manis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jintan

Puisi
 

Jauh-jauh kapal datang,
     Jintan selasih dimasak minyak;
Tuan jauh ke mari datang,
     Terima kasih banyak-banyak.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stomachicstomakikHerbaTiadaHerba yang memperkuat dan memulihkan otot perut. Contoh herba ini ialah betik, cengkih, ginseng, selasih, jintan, saderi, buah pic dan lobak.
herbs and spicesrempah ratusHerbaTiadaPelbagai campuran bahan rempah dan herba seperti kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, jintan dan lada hitam. Rempah ratus digunakan dalam masakan dan penjagaan kesihatan.
carminativekarminatifHerbaTiadaHerba atau sediaan herba yang mencegah pembentukan gas di dalam salur gastrousus atau memudahkan pembuangan gas bagi mengelakkan angin dalam perut. Contoh herba ini, ialah halia, buah pala dan jintan manis.
spicesRempah ratusPertanianTiadaMerujuk kepada tumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan. Bahagian tumbuhan yang digunakan sama ada daun, buah, biji, bunga, kulit batang, batang dan akar. Rempah ratus mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa dan warna pada masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contoh rempah ratus ialah serai, daun kesom, ketumbar, kunyit, halia, kayu manis dan jintan manis.

Kembali ke atas