beggar-thy-neighbour policy | dasar memapakan jiran | Ekonomi | Tiada | Program bertujuan meningkatkan aktiviti ekonomi dalam negeri dengan mengenakan kuota atau tarif untuk menyekat import sehingga boleh menjejaskan sektor eksport negara lain. Negara yang menghadapi masalah pengangguran boleh menyekat import untuk meningkatkan permintaan terhadap keluaran dalam negeri dan seterusnya menambah peluang pekerjaan. Kesan tindakan tersebut ialah seolah-olah negara itu mengeksport pengangguran ke negara lain. Dasar ini sering diikuti oleh tindakan ketimbalbalikan oleh negara lain. |
antiferromagnetism | antiferomagnetisme | Fizik | Nanoteknologi | Sifat bahan tertentu yang spin elektron magnet suatu atomnya berjajaran dengan spin atom jiran, tetapi dalam arah berlawanan sehingga jumlah momen magnet bersih adalah sifar apabila tiada medan luar. Sifat ini berlawanan dengan bahan feromagnetisme. Sifat antiferomagnet, biasanya berlaku pada suhu rendah di bawah suhu peralihan, iaitu suhu Neel. Contohnya, bahan superkonduktor fermion berat (URu2Si2), logam kromium, aloi besi mangan (FeMn), dan nikel oksida (NiO). |
long range order | tertib julat panjang | Fizik | Nanoteknologi | Susunan teratur atom dalam pepejal berstruktur hablur yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom yang sama adalah lebih besar. Susunan atom ini berulang pada julat yang berpanjangan. Contohnya, tertib julat panjang terdapat dalam bahan berhablur seperti silikon dan intan. Banding tertib julat pendek. |
warm market | pasaran hangat | Ekonomi | Tiada | Rangkaian bakal pelanggan yang pernah dihubungi atau mempunyai perhubungan sebelum ini seperti ahli keluarga, rakan sekerja, jiran dan sebagainya. |
short range order | tertib julat pendek | Fizik | Nanoteknologi | Susunan teratur atom dalam cecair atau pepejal tidak tertib yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom lain adalah lebih besar berbanding dengan atom yang berada dalam keadaan rawak penuh. Contohnya, tertib julat pendek terdapat dalam bahan semikonduktor amorfus dan karbon amorfus. Banding tertib julat panjang. |
vicarious victimization | pemangsaan tempias | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan atau perbuatan jenayah yang dilakukan terhadap mangsa yang turut dirasai oleh orang terdekat mangsa seperti keluarga, jiran tetangga dan sebagainya. Contohnya, pembunuhan kejam seorang penduduk di sesebuah taman menyebabkan penduduk di taman tersebut menjadi trauma. |
cellular automaton | automaton selular | Fizik | Nanoteknologi | Sistem diskret yang digunakan untuk mensimulasi kejadian sebenar dengan menggunakan susun atur sel dalam dua dimensi yang muncul secara berperingkat, selaras dengan keadaan sel jiran serta yang bergantung pada simulasi tersebut. Konsep automaton selular akan menjadi asas dalam pembuatan sistem komputer bintik kuantum yang merupakan salah satu hasil pembangunan nanoteknologi masa hadapan. |
acceptor | penerima | Fizik | Nanoteknologi | Unsur atom kumpulan III, seperti Al dan Ga yang mempunyai tiga elektron dalam petala valensi dan mengambil tempat atom Si dalam hablur semikonduktor Si. Oleh sebab atom penerima ini memerlukan empat elektron valens untuk mengikat dengan atom Si jiran terdekat dalam tetrahedron, atom ini menerima satu elektron daripada jalur valens Si dan meninggalkan satu lohong pada bahagian atas jalur ini. Kewujudan lohong ini dapat mengubah sifat elektronik bahan semikonduktor Si, seperti peningkatan kekonduksian elektrik. |