cri de coeur | rintihan jiwa | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran perasaan sedih, kecewa, kesal dan lain-lain yang menimpa diri seseorang. Contoh puisi yang mengandungi perasaan rintihan jiwa dapat dilihat pada puisi "Gadis di Kuburan" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang. |
psychotherapy | psikoterapi | Perubatan | Psikiatri | Rawatan sakit jiwa atau gangguan mental menggunakan kaedah psikologi. |
catharsis/katharsis | jelira seni | Kesusasteraan | Puisi | Pembersihan atau kelegaan emosi setelah mengalami ketegangan dan pertentangan jiwa yang hebat kesan daripada membaca sesebuah puisi. Sinonim katarsis. |
morality play | lakon moraliti | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500). |
style | gaya | Kesusasteraan | Puisi | Cara mengungkapkan atau menyuarakan perasaan dan pemikiran melalui bahasa yang khas untuk memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis . |
antidepressant | antidepresan | Farmasi | Tiada | Agen yang digunakan untuk melegakan simptom-simptom kemurungan. Agen ini digunakan untuk merawat gangguan psikiatri seperti depresi major dan gangguan keresahan jiwa. Kelas agen ini termasuklah antidepresan trisiklik. dan tetrasiklik., perencat oksidase monoamina, perencat pengambilan semula serotonin selektif (SSRl), perencat pengambilan semula serotonin dan noradrenalina (SNRI), serta antidepresan noradrenalina dan serotoninergik spesifik (NaSSA). Kebanyakan agen antidepresan mempunyai masa mula tindakan tertangguh (2-6 minggu) dan diambil selama beberapa bulan sehingga ke beberapa tahun.Sinonim antimurung. |
persiflage | kata senda | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang dipilih dan digunakan bertujuan untuk menyampaikan amanat penyair yang mengandungi nada senda atau gurauan. Contohnya, petikan lagu "Gurindam Jiwa" dari filem Melayu lama. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak Cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak dilupa, Sebagai rambut bersimpul mati. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. |
abecedarian | abecedarian | Kesusasteraan | Tiada | Huruf pertama pada setiap baris puisi yang berurutan mengikut susunan abjad. Contoh: Aku kembali Bawa rasa duka Cuma dengan rindu Duka mencucuk jiwa Entah di mana Fahamku tidak keruan Gugur bak gerimis Hingga basah di rumput diri. (Sumber : sajak �Menunggu Waktu� karya Arbak Othman (2017) |
apostrophe | alih seru | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengalihan gagasan, maksud atau amanat daripada wujud kepada yang tidak wujud atau sebaliknya. Contohnya, Wahai roh-roh pejuang bangsa, Iringilah ketabahan jiwa kami. |
zeugma | zugma | Kesusasteraan | Tiada | Gaya bahasa yang menggunakan satu perkataan untuk menggabungkan dua idea atau perkara yang mempunyai erti yang berlainan. Contoh: Api kebakaran itu menjilat bangunan dan jiwa bangsa Malaysia. |