Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.lang] | جولڠ

Definisi : ; menjulang 1. mengangkat ke atas: kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang; 2. mendukung (anak dll) di atas bahu: setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya; 3. mem­bum­bung tinggi, meninggi: api dr rumah yg terbakar itu ~ sehingga ke puncak atapnya; 4. ki menjunjung tinggi, menyanjung, amat menghormati: Churchill seorang pemimpin yg dijulang tinggi oleh rakyat Inggeris; julangan tolakan ke atas; penjulang orang atau sesuatu yg menjulang: ~ baginda pun sudah bersedia; kayu ~ yg diperbuat drpd kayu perian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.lang] | جولڠ

Definisi : ; menjulang 1 mengangkat ke atas; mengangkat (anak dll) di atas bahu: Orang-orang kampung telah ~ pemimpin mereka yg baru saja menang dlm pilihan raya itu. 2 membumbung tinggi; meninggi: Api dr rumah yg terbakar itu ~ ke angkasa. 3 ki menghormati; menyanjung tinggi: Dialah satu-satunya pemimpin Melayu yg dijulang oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
julang
Kata Terbitan : menjulang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
upwellingjulang airSains MarinTiadaPergerakan air dari dasar laut ke permukaan yang didorong oleh pergerakan angin. Angin yang bertiup pada permukaan laut menyebabkan pergerakan air bersih pada 90 darjah dari arah angin akibat daya Coriolis dan angkutan Ekman. Sekiranya pergerakan bersih air berlaku pada sempadan daratan ke arah laut lepas, maka julang air akan berlaku untuk menggantikan air yang hilang. Air dari dasar laut ini yang biasanya kaya nutrien akan merangsang pertumbuhan penghasil primer seperti fitoplankton, dan seterusnya meningkatkan hasil perikanan secara keseluruhan.
upwellingjulang airPerikananTiadaTiada

Kembali ke atas