long range order | tertib julat panjang | Fizik | Nanoteknologi | Susunan teratur atom dalam pepejal berstruktur hablur yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom yang sama adalah lebih besar. Susunan atom ini berulang pada julat yang berpanjangan. Contohnya, tertib julat panjang terdapat dalam bahan berhablur seperti silikon dan intan. Banding tertib julat pendek. |
permeation range | julat penelapan | Kimia | Kimia Analisis | Julat ukuran saiz atau bentuk suatu bahan yang berupaya menembusi atau melalui membran atau liang-liang bahan padatan. |
heat range | julat haba | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ukuran keupayaan palam pencucuh untuk memindahkan haba dari hujung badan penebat ke bahagian dalam kepala silinder. Julat ini ditentukan oleh jarak antara dua kedudukan tersebut. Jarak ini juga menentukan jenis palam pencucuh, iaitu sekiranya jarak tersebut lebih panjang, palam akan lebih panas dan sekiranya jarak lebih pendek, palam akan lebih sejuk. |
short range order | tertib julat pendek | Fizik | Nanoteknologi | Susunan teratur atom dalam cecair atau pepejal tidak tertib yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom lain adalah lebih besar berbanding dengan atom yang berada dalam keadaan rawak penuh. Contohnya, tertib julat pendek terdapat dalam bahan semikonduktor amorfus dan karbon amorfus. Banding tertib julat panjang. |
quantified extract | ekstrak terkuantiti | Herba | Tiada | Sediaan ekstrak herba yang mengandungi kuantiti yang setara dengan bahan herba yang diungkap dalam julat (x - y) dan nisbah julat bahan herba dengan sediaan herba tulen yang dinyatakan dalam kuantiti yang tepat dan nisbah ini diungkapkan sebagai (a-b) : 1. Kandungan ekstrak terkuantiti dinyatakan dalam suatu julat. Contohnya, ekstrak kering terkuantiti daun ginkgo (Ginkgo folium) dalam aseton (60%v/v) mengandungi 60 mg ekstrak yang setara dengan 13.2 - 16.2 mg flavonoid sebagai glikosida flavon, 1.68 - 2.04 mg ginkgolida A, B dan C serta 1.56 - 1.92 mg bilobalida. |
spark plug heat range | julat haba palam pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jarak dari gelang pengedap hingga hujung penebat, iaitu panjang bahagian hidung penebat dalam pencucuh, yang menentukan julat haba pada palam pencucuh. |
near infrared region | daerah inframerah dekat | Kimia | Kimia Analisis | Julat panjang gelombang sinaran elektromagnet di antara 800-2500 nm yang bersamaan dengan julat frekuensi di antara 3.8 x 1014 – 1 x 1014 Hz. |
standardised extract | ekstrak terpiawai | Herba | Tiada | Sediaan ekstrak herba yang mengandungi kuantiti yang setara dengan bahan herba yang diungkap dalam julat (x-y) dan nisbah julat bahan herba dengan sediaan herba tulen yang diungkapkan sebagai (a - b) : 1. Contohnya, ekstrak kering terpiawai daun senamaki (Sennae folium) dalam etanol (60%v/v) mengandungi 50-65 mg ekstrak yang setara dengan 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena sebagai senosida B. |
quantified herbal substance | bahan herba terkuantiti | Herba | Tiada | Bahan herba yang diselaraskan kandungan juzuk aktif dalam julat boleh diterima. Pelarasan ini dicapai melalui pengadunan beberapa kelompok bahan herba. Bagi bahan serbuk herba, bahan herba terkuantiti dinyatakan sebagai juzuk yang jelas dalam kuantiti julat yang ditentukan. Contohnya, 4 g serbuk kulit kayu batang Salicis cortex mengandungi 40 - 48 mg jumlah glikosida fenolik yang diwakili salisin. |
quantified herbal preparation | sediaan herba terkuantiti | Herba | Tiada | Sediaan herba yang diselaraskan kandungan juzuk aktif dalam julat boleh diterima. Pelarasan ini dicapai melalui pengadunan beberapa kelompok sediaan herba. Bagi sediaan serbuk herba, sediaan herba terkuantiti dinyatakan sebagai juzuk yang jelas dalam kuantiti julat yang ditentukan. Contohnya, 4 g serbuk kulit kayu batang Salicis cortex mengandungi 40-48 mg jumlah glikosida fenolik sebagai salisin. |