ad valorem tariff | tarif ad valorem | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Cukai import yang jumlahnya berdasarkan peratusan nilai produk yang diimport. Contohnya, jika tarif yang dikenakan ialah 10% terhadap sesuatu produk dan nilai import produk tersebut ialah RM5000 setan, maka jumlah tarif ad valorem yang dikenakan ialah RM500 setan. Tarif ad valorem berbeza dengan tarif spesifik yang jumlahnya berdasarkan berat, kuantiti atau jumlah barangan yang diimport. Contohnya, tarif yang dikenakan terhadap sesuatu produk ialah RM1000 bagi setiap hektoliter. Maka jumlah tarif spesifik produk tersebut yang diimport dalam kuantiti 100 hektoliter ialah RM100 000. Tarif ad valorem lebih digalakkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kerana ia lebih telus dan kesannya terhadap ekonomi lebih mudah dicerap. |
microprecipitation | mikropresipitasi | Perubatan | Tiada | Mendakan yang kecil jumlahnya lebih kurang 1/2 hingga 1 titis bahan reagen yang dilihat di bawah mikroskop. |
bulk sample | sampel pukal | Geologi | Tiada | Sampel bersaiz besar yang jumlahnya beberapa ratus atau lebih yang diambil pada jarak yang sama. |
chylomicron | kilomikro | Biologi | Fisiologi | Juzuk lemak yang sangat kecil dan jumlahnya sangat banyak semasa pencernaan lemak berlaku. |
lump-sum tax | cukai sekali gus | Pentadbiran | Tiada | Cukai yang tetap jumlahnya tanpa mengira kuantiti barangan yang ada. |
luminance primary | luminans utama | Kejuruteraan | Tiada | Satu dari tiga primer penghantaran yang jumlahnya menentukan lar sesuatu warna. |
monthly nutation | egahan bulan | Matematik | Tiada | Egahan yang disebabkan oleh perubahan rosotan bulanan, yang jumlahnya kurang daripada 1/10 saat dalam sebulan. |
alveolar weathering | luluhawa alveolus | Geologi | Tiada | Luluhawa kimia yang menyebabkan terbentuknya lubang-lubang yang tidak terkira jumlahnya pada permukaan batuan. |
emission inventory | inventori pelepasan | Kejuruteraan | Tiada | Senarai bahan cemar yang dibebaskan daripada sumber mengikut jenis dan jumlahnya dalam tempoh tertentu dalam kawasan yang ditetapkan. |
complementary angle | sudut pelengkap | Matematik | Tiada | Sudut yang perlu ditambahkan kepada sudut yang sedia ada bagi menjadikan jumlahnya 90o. |