Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jun.ta] | جونتا

Definisi : majlis (terdiri drpd beberapa orang) yg mentadbirkan negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata junta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
juntajuntaSains PolitikPolitik PerbandinganMajlis atau jawatankuasa yang dibentuk sebaik sahaja suatu rampasan kuasa atau revolusi berlaku. Majlis ini dibentuk bagi menguruskan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan negara. Kini, penggunaan istilah junta lebih merujuk kepada badan pemerintahan negara yang diambil alih oleh kuasa tentera. Jawatankuasa ini dilantik khas oleh pemimpin yang berkuasa pada masa itu seperti jeneral atau kolonel tanpa melalui badan perundangan. Corak pemerintahan lebih cenderung kepada kepentingan pemerintahnya tanpa wujud pemisahan kuasa dan pengawasan oleh agensi pemerintahan yang lain. Contohnya, pemerintahan negara Myanmar sejak tentera mengambil alih kuasa.

Kembali ke atas