journal | jurnal | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian aci yang berpusing dalam galas hidrodinamik. Bahagian ini boleh didapati pada kedua-dua aci engkol. Jurnal ini berfungsi untuk menyokong dan menanggung beban aci engkol serta komponen yang dipasang padanya termasuk rod penyambung dan omboh. Bahagian ini dilincirkan oleh sistem pelinciran enjin bagi melicinkan putaran enjin. |
corresponding author | pengarang koresponden | Pendidikan | Tiada | Individu yang bersama-sama menyediakan makalah dengan beberapa pengarang dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk berkomunikasi terhadap jurnal yang ingin diterbitkan bermula dari penyerahan manuskrip, kajian semula setara sehingga kepada proses penerbitan dengan memastikan semua keperluan pentadbiran jurnal dipatuhi. Pengarang koresponden biasanya akan bersedia untuk menjawab segala persoalan sepanjang proses pertanyaan editorial dan setelah jurnal tersebut diterbitkan. Pengarang koresponden terdiri daripada penyelidik kanan atau ahli akademik, seperti profesor kanan atau penyelidik utama yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman penerbitan. |
antifriction bearing | galas antigeseran | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Galas yang menanggung beban melalui unsur bebola atau jejarum yang diletakkan di antara jurnal, iaitu bahagian hujung aci yang disokong dengan permukaan perumah galas. Unsur ini bertujuan untuk mengurangkan geseran antara jurnal dengan perumah. Geseran ini dapat dikurangkan lagi dengan penggunaan minyak pelincir atau gris yang diletakkan di permukaan unsur tersebut. |
journal | jurnal | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Batang logam yang licin pada aci, yang berputar di dalam galas. |
back cover | kulit belakang | - | Tiada | Bahagian belakang kulit bahan terbitan seperti buku, ensiklopedia, kamus, majalah dan jurnal. Banding front cover. |
front cover | kulit depan | - | Tiada | Bahagian depan kulit bahan terbitan seperti buku, ensiklopedia, kamus, majalah dan jurnal. Banding back cover. |
guide sleeve | sarung pandu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sarung berbentuk tiub yang terletak pada bolt rod penyambung untuk mengelakkan jurnal aci engkol dicalarkan oleh bebenang bolt tersebut semasa rod penyambung dikeluarkan. Hos getah yang pendek biasanya boleh digunakan sebagai sarung pandu. |
bar code | kod jalur | - | Tiada | Jalur-jalur tegak berwarna gelap di dalam petak segi empat yang dicetak pada buku, majalah, jurnal dan bahan penerbitan yang lain untuk dibaca oleh mesin pengimbas bagi memberikan maklumat tentang bahan penerbitan tersebut. |
publication policy | dasar penerbitan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dasar yang menetapkan agar hasil kajian percubaan klinikal produk herba berdaftar diterbitkan dalam jurnal berwasit dalam tempoh yang munasabah setelah tamat ujian percubaan. |
research octane number | nombor oktana penyelidikan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Skala yang menandakan nombor oktana yang digunakan dalam penyelidikan dan dalam rujukan jurnal. Nilai nombor oktana penyelidikan adalah lebih tinggi daripada nilai MON dan ber- beza dari segi kepekaan. Singkatan RON. |