cosmetic claim | tuntutan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pernyataan yang mengandungi perakuan tentang kegunaan produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Pengawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tuntutan manfaat kegunaan produk kosmetik hendaklah mempunyai justifikasi dengan bukti yang kukuh dan/atau berdasarkan kandungan formulasi atau sediaan kosmetik tersebut. Produk kosmetik tidak boleh dituntut sebagai ubat. Syarikat atau individu yang bertanggungjawab mendaftarkan produk kosmetik di pasaran harus mendapatkan nasihat undang-undang atau pakar untuk memastikan tuntutan yang dicadangkan tidak melanggar akta atau peraturan yang sedia ada. |
residential construction activity index | indeks aktiviti pembinaan perumahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pengukur yang dinamik yang meneliti tahap pembinaan perumahan tahunan berbanding dengan perubahan penduduk sesuatu kawasan. Ia menunjukkan sama ada aktiviti pembinaan semasa mempunyai justifikasi atau akan hanya memburukkan lagi keadaan. |
socialist legality | kesahan sosialis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perjalanan undang-undang seperti yang diinterpretasi oleh Parti Komunis Soviet Union pada suatu masa dahulu. Undang-undang itu dianggap aturan yang sah selagi tidak bercanggah dengan ideologi Marxisme dan dasar Parti Komunis Soviet Union. Pada mulanya istilah ini diwujudkan untuk memberi justifikasi terhadap pemerintahan kejam Stalin pada tahun 1930-an. |
orientalism | orientalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang menghuraikan bagaimana sarjana barat atau orientalis mengkaji bahan sejarah, sastera dan seni orang timur lalu membuat tanggapan bahawa orang timur sebagai orang asing yang berbeza dengan masyarakat barat. Masyarakat timur digambarkan sebagai mundur, kolot, lemah dan pelbagai gambaran yang negatif sehingga memberi justifikasi kepada barat untuk menakluk, memerintah dan menguasai masyarakat ini. Penaklukan budaya dan mentaliti penduduk timur telah melahirkan pemikiran yang mengagungkan masyarakat barat sehingga menjadikan golongan eIit timur berfikir seperti orientaIis dan memandang serong kepada budaya dan dunia timur tanpa menyedari mereka sebenarnya terperangkap dengan pemikiran ini. Orientalisme masih berkembang sehingga kini dan menjadi satu aliran pemikiran yang sangat popular dalam wacana akademik di kebanyakan universiti. Sinonim faham ketimuran/faham orientalis. |