Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ta] | جوتا

Definisi : seribu ribu (1 000 000); berjuta, berjuta-juta beberapa juta; jutaan berjuta-juta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ta] | جوتا

Definisi : seribu ribu (1,000,000). berjuta-juta beberapa juta. jutawan orang yg kaya dan mempunyai wang atau harta yg nilainya berjuta-juta ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
part per billionbahagian per jutaKimiaKimia AnalisisUnit kepekatan yang menyatakan amaun komponen analit terhadap satu juta amaun sampel atau larutan. Contohnya satu bahagian per juta raksa dalam suatu sampel air bermakna terdapat 1 gram raksa dalam setiap 106 gram air atau 1 gram raksa dalam setiap 103 liter air atau 1 μg raksa dalam setiap ml air.
pangeapangeaSains MarinTiadaGabungan benua yang wujud semasa akhir era paleozoik dan awal era mesozoik, iaitu sekitar 335 juta tahun yang lampau dan mula berpisah sekitar 175 juta tahun dahulu.
reads per kilo base per million (RPKM)bacaan per kilo bes per juta (RPKM)BioinformatikBioinformatik MolekulUnit yang digunakan untuk menentukan tahap pengekspresan transkrip.
next-generation sequencing (NGS)penjujukan generasi hadapan (NGS)BioinformatikBioinformatik MolekulKaedah menjujuk dan memproses berjuta-juta fragmen DNA dan RNA secara selari dengan lebih cepat dan murah berbanding dengan teknik jujukan Sanger.
sensitivitykepekaanKimiaKimia AnalisisAmaun bahan atau unsur dalam larutan yang menghasilkan ukuran tertentu. Contohnya dalam spektroskopi serapan atom, kepekaan larutan akueus merupakan kepekatan unsur dalam bahagian per juta atau (μgml-1 atau mgl-1) dalam larutan akueus yang memberikan nilai serapan 0.00436 atau setara dengan 1% serapan.
femtometerfemtometerFizikNanoteknologiUnit panjang yang bersamaan dengan 10 (-15) meter yang biasanya digunakan untuk menentukan saiz nukleus. Contohnya, jejari nukleus emas bersamaan 8.45 femtometer. 1 nanometer bersamaan 1 juta femtometer.
electron microscopemikroskop elektronFizikNanoteknologiPeranti yang menggunakan elektron sebagai sumber yang mampu membesarkan objek kecil, dengan kuasa peleraian yang tinggi dengan pembesaran dapat mencapai sehingga 500 000 kali ganda atau melebihi dua juta kali bagi sesetengah mikroskop elektron moden. Mikroskop ini digunakan untuk memeriksa bahan biologi, seperti mikroorganisma dan sel, struktur logam dan hablur serta pencirian pelbagai permukaan.
parodyparodiKesusasteraanPuisiPeniruan terhadap gaya sesebuah puisi yang dihasilkan oleh seseorang penyair yang lain. Peniruan mungkin sebahagian dan mungkin juga sepenuhnya. Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan unsur ejekan atau kelucuan kepada penyair asalnya. Contohnya, puisi "Bagaimana Kalau ..." karya Usman Awang. Bagaimana kalau pada suatu saat Ketika menjalankan tugas yang maha berat Untuk segala keturunan dan zuriat Pak Mudim tersilap meletakkan mata pisau Terpangkas sampai ke pangkal Tercapaikah impian Perdana Menteri meningkatkan Penduduk Malaysia sebanyak 70 juta?
exhaust-gas analyserpenganalisis gas ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinPeralatan yang digunakan untuk mengukur jumlah bahan pencemar yang terdapat dalam gas ekzos yang dihasilkan oleh enjin. Terdapat beberapa jenis peralatan bergantung pada bilangan bahan pencemar yang diukur. Contohnya, penganalisis jenis dua gas boleh mengukur kandungan gas hidrokarbon dan karbon monoksida, manakala penganalisis jenis empat gas boleh mengukur gas hidrokarbon dan karbon monoksida bersama- sama dengan gas oksigen dan karbon dioksida. Terdapat juga penganalisis gas ekzos yang berkeupayaan lebih tinggi yang boleh mengukur gas lain seperti nitrogen oksida. Komposisi gas karbon monoksida, karbon dioksida dan oksigen biasanya dibaca dalam kiraan peratus, manakala gas hidrokarbon dan nitrogen oksida dibaca dalam unit bahagian per juta (ppm).

Kembali ke atas