Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bilik dlm kapal, bot, dsb yg digunakan sbg pejabat atau tempat tidur; 2. bahagian dlm kapal terbang tempat membawa penumpang; 3. binaan sementara yg dijadikan sbg pejabat, tempat tinggal, dsb sementara di tapak bina bangunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bilik dlm kapal dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabin (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Dalam konteks kapal terbang
bersinonim dengan bilik, kamar, sekatan,

2. Bersinonim dengan pondok: gubuk, teratak, tempat berteduh.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cabin assignmentagihan kabin/pembahagian kabinPelanconganTiadaPengagihan bilik yang dilakukan oleh ejen pelancongan semasa dalam perjalanan.
cabin feverdemam kabinPsikologiTiadaKeadaan individu yang mengalami perubahan emosi seperti kemurungan, kegelisahan dan kebosanan akibat terkurung dalam rumah atau sesuatu tempat untuk tempoh yang lama.
cabin baggagebagasi kabinPelanconganTiadaBagasi yang diletakkan di ruang simpanan barang semasa dalam perjalanan.
negative pressure ambulanceambulans tekanan negatifKesihatan AwamTiadaAmbulans yang mempunyai pelbagai ciri tekanan negatif seperti sistem penapisan HEPA dan lampu UV khusus bertujuan untuk membersihkan udara dan memerangkap virus daripada merebak ketika petugas merawat kes penyakit berjangkit jenis bawaan udara. Ambulans ini turut dilengkapi dengan pod isolasi yang diperbuat daripada filem TPU khas dengan tiang ABS untuk kuatkan struktur usungan. Penggera keselamatan juga tersedia di kabin ambulans dan ruang pengasingan.

Kembali ke atas